awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta rosak teruk langgar kuda, mahu pemilik bertanggungjawab

Sinar Harian
Sinar Harian
19/01/2024
02:30 MYT
Kereta rosak teruk langgar kuda, mahu pemilik bertanggungjawab
Kereta mangsa mengalami kerosakan teruk akibat dilanggar kuda yang masuk ke tengah jalan secara tiba-tiba. - Foto Facebook/Shamsuri Shamsudi
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki mendedahkan bahawa keretanya mengalami kerosakan teruk selepas dilanggar seekor kuda di Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah berdekatan Rhu Tapai, Setiu pada 11 Januari lepas.
Justeru, pemilik Facebook dikenali Shamsuri Shamsudi itu berharap pemilik kuda tersebut menghubunginya susulan tiada individu tampil sejak kejadian tersebut berlaku.
"Saya ada terlibat kemalangan pada minggu lepas apabila seekor kuda masuk ke tengah jalan secara tiba-tiba dan kemudian melanggar kereta saya dalam kejadian jam 10.05 pagi.
"Jadi saya nak minta tolong siapa kenal pemilik kuda ini? Selepas saya kemalangan tak ada seorang pun munculkan diri.
"Alhamdulillah, saya dan tiga penumpang lain selamat tetapi kereta memang rosak termasuk lampu dan bumper hadapan pecah selain tayar dan rim juga rosak," katanya di Facebook pada Khamis.
Susulan kejadian itu, dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pada 13 Januari lepas.
"Sampai sekarang tiada berita dan senyap. Mohon isu ini viral supaya pemilik kuda nampak hantaran dibuat ini," jelasnya.
Perkongsian gambar tersebut kini tular dengan meraih 1,100 tanda suka serta rata-rata netizen meminta supaya pemilik kuda tersebut bertanggungjawab untuk tampil menghubungi mangsa.
"Arwah abang meninggal dunia langgar kuda di kawasan itu tetapi pemilik tak mengaku la dan tak minta maaf pun," tulis Wan Fakhrurazi di ruangan komen.
"Kesian pada pemilik kereta. Orang yang bela kuda ini, orang yang berduit. Semoga dipermudahkan urusan pemilik kereta," kata Zariah Ismail.
"Gambar dan video sudah ada, pemilik kuda kenalah bertanggungjawab...polis kena buat siasatan menyeluruh. Kasihan pada pemilik kereta," ujar Mohammad Rohim. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#kuda
#kerosakan teruk
#pemilik kuda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan