awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta terbabas dalam tali air: Kanak-kanak 5 tahun ditemui lemas

Aida Aziz
Aida Aziz
17/03/2022
15:46 MYT
Kereta terbabas dalam tali air: Kanak-kanak 5 tahun ditemui lemas
Kenderaan dan mangsa berusia lima tahun itu dijumpai 12 meter dari lokasi kereta dipercayai terbabas. - Gambar/ Sinar Harian
PASIR SALAK: Kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam kereta yang terbabas ke dalam tali air di Kampung Bukit Chawi, Kampung Gajah di sini, petang tadi, ditemui lemas, malam ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata kenderaan dan mangsa berusia lima tahun itu dijumpai 12 meter dari lokasi kereta dipercayai terbabas.
"Kedalaman tali air dianggarkan lebih tiga meter. Selepas mengesan kedudukan mangsa, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) kemudiannya membuat selaman dan berjaya menjumpai mangsa serta mengeluarkan mangsa dari kenderaan tersebut.
"Mangsa disahkan maut dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan malam ini.
Katanya, operasi itu diketuai oleh Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah, Megat Mohd Dahari Megat Jamaludin.
Dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, kanak-kanak terbabit menaiki kereta dipandu ibunya bersama seorang adik perempuan berusia empat tahun dalam perjalanan dari Kampung Gajah menghala ke Seberang Perak.
Setibanya di tempat kejadian, kereta terbabit hilang kawalan dipercayai kerana mengelak lopak air sebelum terbabas ke dalam tali air yang kedalaman lebih tiga meter.
Ibu dan adik mangsa sempat diselamatkan orang awam namun kanak-kanak itu terperangkap dalam kereta yang hilang selepas tenggelam dan dihanyut arus.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#terperangkap dalam kereta
#Tali air
#Kampung Gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan