awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta terbabas, pegawai polis maut kemalangan di NKVE

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
09/04/2022
07:22 MYT
Kereta terbabas, pegawai polis maut kemalangan di NKVE
Mendiang Gan Chee Liang yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Shah Alam menaiki ambulans. - Gambar IPD Shah Alam
SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan berpangkat Asisten Superintendan dari Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras maut dalam kemalangan di Kilometer 6.7 Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) menghala ke Klang.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 39 tahun, yang memandu kenderaan pacuan empat roda dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.
Menurutnya, mangsa, Gan Chee Liang yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Shah Alam menaiki ambulans.
"Namun mangsa meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Mohd Iqbal memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil menghubung pegawai penyiasat bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697 atau balai polis berhampiran dengan segera.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Asisten Superintendan
#anggota polis maut
#kereta terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan