awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja baik pulih landasan dijangka siap 31 Jan

Astro Awani
Astro Awani
27/01/2013
05:51 MYT
Kerja baik pulih landasan dijangka siap 31 Jan
Kerja membaik pulih landasan keretapi di KM738 berhampiran Taman Impian Emas, Skudai, Johor sedang giat dijalankan dan dijangka siap 31 Januari ini.
Semalam, lima penumpang dan seorang pekerja cedera selepas empat daripada 10 gerabak tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Ekspres Sinaran Selatan No.13 tergelincir di landasan tersebut.
KTMB dalam satu kenyataan berkata, ekoran kejadian itu, semua perkhidmatan tren ke Woodlands, Singapura akan ditamatkan di Stesen Kulai, Johor dan penumpang akan dipindahkan menggunakan bas ke Stesen Kempas Baru sebelum meneruskan perjalanan ke JB Sentral dan Woodlands dengan menaiki tren 'shuttle' yang disediakan.
Selain itu, perkhidmatan tren Ekspres Sinaran Selatan No.13 (KL Sentral-Woodlands) dan tren shuttle No.61 (Gemas-Woodlands) turut dibatalkan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pusat perkhidmatan pelanggan KTMB di 1-300-88-5862.
Topic Berkaitan
#KTMB
#Skudai
#tren
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan