Kerja-kerja pembinaan tembok penahan tanah bersebelahan sebuah pusat peranginan di Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bunga dekat sini diberhentikan sehingga mendapat perakuan pihak perunding untuk tindakan selanjutnya.
Pengarah Kejuruteraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) A. Rajendran berkata buat masa ini, Jalan Batu Ferringhi yang ditutup akibat kejadian tanah runtuh pada 25 Jun lepas itu telah dibuka kepada orang ramai selepas kerja-kerja menstabilkan cerun oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) selesai pada 10.30 malam semalam.
"Semua aktiviti di kawasan pusat peranginan itu diberhentikan sehingga kita dapat pendapat dan perakuan pihak perunding. Kalau semua aspek keselamatan ditangani kita boleh buat dalam tempoh itu, mungkin enam bulan atau lebih kita tak tahu lagi. Apa-apa keputusan dibuat kita kena pastikan keselamatan orang awam tidak tergugat.
"MBPP telah mendapatkan pandangan perunding pakar daripada Institusi Jurutera Malaysia dan pemilik tanah juga telah melantik perunding pakar geoteknikal. Kita tunggu kajian dijalankan terlebih dahulu sebelum tindakan jangka masa panjang akan diambil," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kawasan tanah runtuh itu, dekat sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari dan Pegawai Daerah dan Tanah Timur Laut Rosli Halim.
Dalam kejadian kira-kira 9.25 malam Selasa itu, empat warga Myanmar maut dalam kejadian tanah runtuh di tebing Jalan Batu Ferringhi.
BACA: Tanah runtuh: 4 pekerja Myanmar dikhuatiri maut tertimbus
Kesemua mangsa diupah oleh pemilik pusat peranginan di situ untuk membina tembok penahan tanah selepas mendapati berlaku pergerakan tanah sejak seminggu lalu.
Rajendran berkata pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan berhubung insiden itu untuk dirujuk kepada pegawai undang-undang bagi tindakan selanjutnya terhadap pemilik tanah berkenaan berikutan menjalankan kerja-kerja pembinaan tembok penahan itu tanpa kebenaran.
BACA: Tanah runtuh: Lost Paradise Resort masih beroperasi dengan pemantauan MBPP
Sementara itu, Zairil berkata jalan itu kini selamat dan kukuh untuk kegunaan pengguna jalan raya selepas pihak JKR memasang 'sheet piling' di kawasan tanah runtuh itu.
"Kerja secara keseluruhannya tak siap lagi, cuma penstabilan tanah itu 'sheet piling' dah dibuat. 'Sheet piling' ini cukup untuk membuka jalan buat sementara waktu. Jadi, jalan penyelesaiannya untuk jangka masa pendek dan panjang. Untuk jangka masa pendek telah dijalankan pihak JKR untuk memastikan jalan ini selamat.
"Tapi langkah jangka masa panjang itu pemilik tanah yang harus bertanggungjawab sebab ini kawasan dia. MBPP kena 'follow up' dengan pemilik tanah untuk tindakan susulan dari segi penyelesaian jangka masa panjang. Pemilik pun dah melantik pakar perunding untuk membantu dan kita harap reka bentuk yang baik dapat dibuat untuk memastikan keselamatan jangka masa panjang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2019
Kerja-kerja pemasangan plastik bagi menutup kawasan tanah runtuh dilakukan oleh kontraktor di tapak binaan tembok penahan tanah, di Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bungah. - Gambar fail
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
Runtuhan gudang: MBPP keluar notis henti kerja berkuatkuasa serta merta
Perintah berhenti kerja itu dikeluarkan awal pagi Rabu kepada pihak pemaju dan jurutera projek berkenaan.
Rajendran angkat sumpah sebagai Datuk Bandar Pulau Pinang keempat
Sebagai datuk bandar Pulau Pinang, Rajendran menumpukan perhatian kepada kebersihan dan kesesakan trafik serta pembangunan ekonomi.
Kerja-kerja pembinaan tembok penahan tanah di Jalan Batu Ferringhi dihentikan
Buat masa ini, Jalan Batu Ferringhi yang ditutup akibat kejadian tanah runtuh 25 Jun lepas telah dibuka semula selepas kerja-kerja menstabilkan cerun oleh JKR selesai pada 10.30 malam semalam.