awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rajendran angkat sumpah sebagai Datuk Bandar Pulau Pinang keempat

Bernama
Bernama
09/05/2023
22:49 MYT
Rajendran angkat sumpah sebagai Datuk Bandar Pulau Pinang keempat
Rajendran mengangkat sumpah sebagai datuk bandar Pulau Pinang yang keempat pada majlis yang turut dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow. - Foto Bernama
GEORGE TOWN: Datuk A. Rajendran mengangkat sumpah sebagai datuk bandar Pulau Pinang pada Selasa, menggantikan Datuk Yew Tung Seang yang bersara 5 Mei lepas.
Rajendran, 60, berkata beliau diberi tanggungjawab itu ketika Pulau Pinang sedang mengalami pembangunan yang memberangsangkan.
"Isu-isu utama yang diberi perhatian serius ialah kebersihan dan kesesakan trafik. Saya ingin mengesahkan bahawa perancangan dan langkah-langkah penambahbaikan sedang dilaksanakan.
"Selain itu, proses pendidikan dan langkah penguatkuasaan akan diteruskan," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah yang dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rajendran, yang mula berkhidmat dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) - dahulu dikenali sebagai Majlis Perbandaran Pulau Pinang - pada 1986, menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri yang memberi peluang kepada beliau untuk menjadi datuk bandar yang keempat.
Sementara itu, Chow berharap kerjasama baharu antara datuk bandar, ahli majlis dan kakitangan MBPP akan dapat memperkukuh pengurusan dan sistem penyampaian perkhidmatan MBPP.
"Kawasan pulau telah menjalani proses urbanisasi dan akan menjadi pemacu terpenting kepada pertumbuhan ekonomi masa depan, dengan perancangan pembangunan hartanah di beberapa kawasan. Daya saing bandar raya ini perlu dipertingkat bagi memastikan Pulau Pinang menjadi pilihan utama pelaburan langsung asing dalam industri berteknologi tinggi dan ekonomi kreatif lain.
"Dengan pengalaman dan keupayaan Rajendran, saya yakin dan menyokong beliau untuk menerajui MBPP," katanya.
Rajendran menyertai badan itu sebagai pembantu jurutera dan pernah berkhidmat sebagai pengurus besar Syarikat Bas Negeri Pulau Pinang dari 2006 hingga 2007.
Pada 1 Jan 2022, beliau dilantik sebagai setiausaha MBPP, jawatan yang dipegangnya sebelum dilantik sebagai datuk bandar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kesesakan trafik
#A Rajendran
#datuk bandar Pulau Pinang
#kebersihan Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan