awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Runtuhan gudang: MBPP keluar notis henti kerja berkuatkuasa serta merta

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
29/11/2023
02:15 MYT
Runtuhan gudang: MBPP keluar notis henti kerja berkuatkuasa serta merta
Anggota bomba sedang giat menjalankan kerja-kerja menyelamat bagi mencari mangsa yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan rasuk. - Astro AWANI
BAYAN LEPAS: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengeluarkan arahan henti kerja serta merta bagi projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung yang runtuh sehingga mengorbankan tiga nyawa setakat ini.
Datuk Bandar MBPP, Datuk A.Rajendran berkata notis henti kerja dikeluarkan pagi tadi kepada pemaju dan perunding projek.
BACA: Runtuhan gudang: Operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan
"MBPP telah keluarkan notis henti kerja serta-merta pada jam 8 pagi tadi dan notis berkenaan telah diserahkan kepada pemaju projek dan jurutera perunding," katanya.
Rajendran berkata, projek berkenaan diberi kebenaran untuk dijalankan sepenuh masa dan ia berjalan mengikut jadual ketika kejadian.
"Saya mahu jelaskan bahawa ini adalah projek 'fast-track' yang diberi kebenaran (oleh MBPP), dan kerja-kerja pembinaan boleh dijalankan pada waktu malam kerana ia terletak jauh dari kawasan kediaman," katanya ketika ditemui di lokasi pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9.45 malam Selasa, bangunan dalam pembinaan itu runtuh dan menghempap 9 pekerja binaan warga Bangladesh yang sedang bertugas.
Sehingga jam 4 pagi tadi, tiga orang disahkan maut, dua cedera parah, manakala empat lagi dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan sedang dicari pasukan carilamat.
Topic Berkaitan
#runtuhan gudang
#MBPP
#notis henti kerja
#A Rajendran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan