awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAKIM anjur Program Gema Syukur 2026 di Masjid Putra
Suspek kes pukul pekerja restoran makanan segera akan didakwa Khamis depan
[TERKINI] "Tiada usaha sabotaj, khianat dalam Kerajaan MADANI" - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja pembaikan paip Sek 15 Shah Alam selesai, bekalan pulih 12 tengah hari

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/12/2020
22:51 MYT
Kerja pembaikan paip Sek 15 Shah Alam selesai, bekalan pulih 12 tengah hari
Menurut Air Selangor, tempoh pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat, bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kerja-kerja pembaikan paip pecah di Bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15, Shah Alam telah siap sepenuhnya pada jam 9 malam tadi mengikut jadual ditetapkan.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, bekalan air mula disalurkan kepada para pengguna yang terjejas sejak jam 9.30 malam tadi.
Tempoh pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat-peringkat bagi setiap kawasan bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.
"Sehingga jam 7 pagi ini, kesemua 72 kawasan di Wilayah Petaling telah menerima bekalan air dan pulih sepenuhnya.
"Manakala, 84 peratus dari 58 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam pula telah pulih.
"Sembilan lagi kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam yang belum pulih adalah Jalan Raja Lumu, Jalan Kem, Kampung Kastam, Kampung Pendamar, Pandamaran, Persiaran Raja Muda Musa, Taman Berembang, Taman Pendamar Indah dan Taman Suria Pendamar.
"Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari, 30 Disember 2020," memetik kenyataan itu.
Semalam, Air Selangor terpaksa menutup bekalan air pada jam 1 petang untuk memastikan kerja-kerja pembaikan berjalan lancar.
Penutupan bekalan air tidak berjadual itu menjejaskan 58 kawasan di Wilayah Klang, Shah Alam dan 72 kawasan di Wilayah Petaling.
Pengguna boleh merujuk pelbagai saluran komunikasi rasmi Air Selangor untuk mendapatkan maklumat lanjut serta status terkini bekalan air.
Sumber Facebook airselangor
Sumber Facebook airselangor
Topic Berkaitan
#bekalan air
#paip pecah
#shah alam
#Seksyen 15
#Air Selangor
#gangguan air
#Petaling
#Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan