NATIONAL
Paip pecah: Penutupan bekalan air di Klang, Shah Alam dan Petaling petang ini

Air Selangor terpaksa menutup bekalan air pada jam 1 petang untuk memastikan kerja-kerja pembaikan berjalan lancar. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesahkan terdapat kejadian paip utama pecah di Bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 di Shah Alam, pada Selasa.
Susulan kejadian, Air Selangor terpaksa menutup bekalan air pada jam 1 petang untuk memastikan kerja-kerja pembaikan berjalan lancar.
“Penutupan bekalan air tidak berjadual ini akan menjejaskan 58 kawasan di Wilayah Klang, Shah Alam dan 72 kawasan di Wilayah Petaling.
“Kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada 9 malam hari yang sama dan bekalan air akan mula disalurkan kepada premis pengguna selepas kerja pembaikan siap dilaksanakan.
“Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna dari satu kawasan ke kawasan yang lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.


Maklumat lanjut boleh di akses di laman web Air Selangor.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami