KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berhampiran Desa Melor, di Serendah, Selangor telah mengambil kira impak yang paling minimum, menurut Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).
MRL, selaku pemilik projek ECRL, dalam kenyataan hari ini berhubung laporan sebuah portal berita bertajuk 'Lebih 60 Kediaman Terjejas Akibat Letupan Terowong ECRL?' semalam, memaklumkan projek itu juga mematuhi garis panduan dan syarat termasuk Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan Pelan Kawalan Hakisan dan Endapan (ESCP).
Menurut kenyataan itu, kerja-kerja letupan bagi pembinaan laluan terowong atau 'Adit' hanya boleh dilakukan dari 8 pagi hingga 6 petang pada Isnin hingga Jumaat di kawasan berhampiran Desa Melor, dan tiada operasi letupan dijalankan pada Sabtu dan Ahad.
"Pihak MRL turut mengesahkan terdapat kerja-kerja pembinaan Adit No.4 berhampiran Desa Melor dari Isnin hingga Jumaat ketika ini, namun jarak kawasan perumahan yang paling hampir dari lokasi Adit No.4 itu ialah kira-kira 300 meter (m) dan bukan 200m seperti dilaporkan sebuah portal berita," menurut kenyataan itu.
Menurut MRL kemajuan pengorekan Adit No.4 telah mencapai kedalaman 800m daripada 813m yang dirancang.
"Ini bermakna jarak lokasi letupan terkini hingga ke kawasan perumahan Desa Melor yang paling hampir dengan kawasan sedang dalam pembinaan projek ECRL adalah lebih daripada 1,000m (1 kilometer)," menurut kenyataan itu.
MRL memaklumkan projek ECRL juga akan mengambil data gegaran dan ledakan udara setiap kali letupan dijalankan.
Bagi bacaan gegaran dan ledakan tersebut, pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menetapkan bahawa bacaan gegaran tidak boleh melebihi 3mm/s, manakala bagi bacaan ledakan udara yang terhasil daripada aktiviti letupan tidak boleh melebihi 120dB.
"Bacaan yang berkaitan juga dihantar kepada pihak JMG bagi tujuan pemantauan dari semasa ke semasa. Namun, berdasarkan kepada rekod yang sedia ada, projek ECRL telah mematuhi perimeter yang disyaratkan oleh pihak JMG," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, kenyataan itu memaklumkan kontraktor utama projek ECRL telah mengambil inisiatif dalam mewujudkan kerjasama bersama pihak persatuan penduduk di kawasan tersebut dalam menangani masalah keretakan pada struktur rumah.
Satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara kontraktor utama projek ECRL dengan pihak persatuan penduduk berkenaan pada 18 Nov lepas, antaranya projek ECRL bersetuju menyediakan sejumlah dana kepada pihak persatuan sebagai bantuan khas bagi meringankan beban penduduk yang menghadapi masalah keretakan pada kediaman mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2024
Menurut MRL kemajuan pengorekan Adit No.4 telah mencapai kedalaman 800m daripada 813m yang dirancang. - Gambar mrl.com.my
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Kerja pembinaan laluan ECRL ambil kira impak paling minimum - MRL
Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berhampiran Desa Melor, di Serendah, Selangor telah mengambil kira impak yang paling minimum, menurut Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).
Hospital Pasir Gudang dijangka siap lebih awal
Kerja pembinaan Hospital Pasir Gudang kini mencapai 40.47 peratus dan dijangka dapat disiapkan lebih awal, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon.
Projek benteng pemecah ombak muara Sungai Besut diteruskan
Kerja pembinaan benteng pemecah ombak di muara Sungai Besut yang tertangguh sejak lebih dua tahun lepas diteruskan semula oleh kontraktor penyelamat bermula bulan depan.
Projek ECRL Terengganu capai kemajuan lebih 50 peratus
Setakat ini kerja-kerja pembinaan jajaran sepanjang 275 kilometer di negeri itu menepati jadual yang ditetapkan.
DOSM: Nilai kerja pembinaan suku ketiga melonjak 23.2 peratus kepada RM30.5 bilion
Pada suku ketiga 2022, subsektor kejuruteraan awam kekal sebagai penyumbang utama nilai kerja pembinaan dengan sumbangan sebanyak 37.9 peratus.
Pembinaan velodrom Azizulhasni Awang dijangka siap 2022
Kerja-kerja pembinaan velodrom yang dianggarkan berjumlah RM11.8 juta itu kini telah mencapai 34 peratus.
Kerja-kerja pembinaan kemudahan Sukma di Kelantan dimulakan tahun depan
Empat kemudahan itu ialah sebuah stadium utama, stadium tertutup, pusat renang dan velodrome yang menjadi keperluan utama sebagai tuan rumah selain beberapa infrastruktur asas lain.
Peralatan penulen udara ditempatkan di Taj Mahal
Peralatan penulen udara itu mempunyai kapasiti untuk membersihkan 1.5 juta meter padu udara dalam masa lapan jam dalam jarak 300 meter.
Kerja-kerja pembinaan tembok penahan tanah di Jalan Batu Ferringhi dihentikan
Buat masa ini, Jalan Batu Ferringhi yang ditutup akibat kejadian tanah runtuh 25 Jun lepas telah dibuka semula selepas kerja-kerja menstabilkan cerun oleh JKR selesai pada 10.30 malam semalam.
Ketua Menteri yakin projek Lebuhraya Bukit Kukus dibina dengan selamat
Jurutera akan melihat semula reka bentuk projek itu dan membuat pembetulan sekiranya diperlukan, selepas arahan memberhentikan kerja oleh DOSH ditarik balik.