awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja penebangan pokok getah punca air keruh - JPNK

Sinar Harian
Sinar Harian
24/02/2022
21:45 MYT
Kerja penebangan pokok getah punca air keruh - JPNK
Terdapat kerja-kerja penebangan pokok-pokok getah milik FELCRA dan kerja-kerja penolakan tanah sehingga menyebabkan tandak air menjadi keruh. -Gambar hiasan
KOTA BHARU: Tiada sebarang aktiviti pembalakan dijalankan di kawasan Hutan Simpanan Kekal Ulu Sat dan Hutan Simpanan Kekal Chabang Tongkat walaupun berada berhampiran dengan kawasan FELCRA Teratak Batu, Pasir Puteh.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK), Abdul Khalim Abu Samah berkata, ini kerana kawasan hutan simpanan kekal tersebut telah diwartakan sebagai Hutan Perlindungan.
"Ia dikelaskan di bawah pengkelasan Hutan Tadahan Air, maka tiada sebarang kelulusan untuk pembalakan di kawasan tersebut.
"Kedudukan tandak air di Kampung Gong Menkelih juga berada di dalam kawasan tanah milik FELCRA Teratak Batu di mukim berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Media sebelum ini melaporkan lebih 500 penduduk di kawasan Kampung Gong Menkelih, Pasir Puteh berdepan masalah air kotor dan keruh yang dipercayai berlaku kesan daripada penebangan pokok di Hutan Simpan Kekal Ulu Sat.
Mengulas lanjut Abdul Khalim memberitahu, semakan dilakukan sepasukan anggota JPNK di lokasi berkenaan pada Khamis mendapati tandak air tersebut memang agak keruh.
Menurutnya, ia disebabkan terdapat kerja-kerja penebangan pokok-pokok getah milik FELCRA dan kerja-kerja penolakan tanah sehingga menyebabkan tandak air menjadi keruh.
"Kerja-kerja penebangan dilakukan terhadap pokok-pokok getah tua di mana pihak FELCRA akan menjalankan projek tanaman semula bagi menggantikan pokok getah tua tersebut," katanya.
Abdul Khalim berkata, setakat ini tiada sebarang lesen dan aktiviti pengusahasilan hutan dijalankan di kawasan Hutan Simpanan Kekal Ulu Sat dan Hutan Simpanan Kekal Chabang Tongkat sebagaimana didakwa.
"Kita sentiasa memantau dan memastikan kawasan Hutan Simpanan Kekal Ulu Sat dan Hutan Simpanan Kekal Chabang Tongkat terpelihara daripada gangguan atau pencerobohan yang boleh merosakkan kawasan tersebut yang terkenal dengan jolokan “Paru-Paru Negeri Kelantan”," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Abdul Khalim Abu Samah
#Kampung Gong Menkelih
#pembalakan
#air keruh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan