awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja perobohan kondominium Highland Towers bulan depan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
14/09/2018
07:26 MYT
Kerja perobohan kondominium Highland Towers bulan depan
Kerja-kerja perobohan kondominium Highland Towers dijangka bermula bulan depan.
Kerja-kerja perobohan kondominium Highland Towers dijangka bermula bulan depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin hari ini.
Beliau berkata, Jawatankuasa Pembangunan Semula Highland Towers, yang diketuai Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Mohammad Mentek, telah pun mengenal pasti kesemua pemilik unit kondominium berkenaan, dan langkah seterusnya ialah berkaitan hal insolvensi.
"Kalau tidak ada jawatankuasa ini kita tubuhkan hari itu, mungkin bangunan masih lagi seperti itu, tidak tahu siapa lagi pembeli yang tertinggal dan sebagainya, itu semua dah selesai, kita sudah dapat kenal pasti semua pemilik Highland Towers.
“Kerja-kerja perobohan akan dilakukan secepat mungkin, selepas kita selesai urusan insolvensi dan semua keperluan, kita akan cuba meletakkan Majlis Perbandaraan Ampang Jaya untuk melakukan perobohan itu. Ia mungkin mengambil masa sebulan," katanya kepada pemberita hari ini.
Zuraida, yang juga Ahli Parlimen Ampang, turut melahirkan harapan agar pelan perancangan semula kawasan itu dapat dikemukakan sebelum akhir tahun ini.
Sebelum ini, menteri itu dilaporkan berkata, pihaknya bercadang untuk membina sebuah taman awam di tapak kondominium yang telah roboh pada tahun 1993 itu.
Ujarnya lagi, sungguhpun wujud cadangan untuk membina perumahan bagi golongan B40, namun tanah itu didapati tidak lagi sesuai untuk didirkan sebarang struktur bangunan tinggi.
Topic Berkaitan
#Ampang
#Ampang Jaya
#Highland Towers
#MPAJ
#Parlimen
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan