awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja tambak tebing sungai selesai, bekalan air di PD, Seremban pulih Rabu ini

Bernama
Bernama
08/11/2020
12:34 MYT
Kerja tambak tebing sungai selesai, bekalan air di PD, Seremban pulih Rabu ini
Aliran air sungai sudah mula memasuki muka sauk LRA Linggi bagi membolehkan proses pengepaman air mentah dijalankan.
SEREMBAN:Penduduk di kawasan Seremban dan Port Dickson dijangka menerima bekalan air terawat selewat-lewatnya Rabu ini secara berperingkat susulan kerja menambak tebing Sungai Linggi oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Loji Rawatan Air (LRA) Linggi selesai, hari ini.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail berkata aliran air sungai sudah mula memasuki muka sauk LRA Linggi bagi membolehkan proses pengepaman air mentah dijalankan.
"Bekalan air terawat itu akan disalurkan ke premis pengguna di Seremban terlebih dahulu sehingga loji mendapat bekalan air mentah yang mencukupi untuk menjalankan operasi pengepaman secara keseluruhan ke Port Dickson," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata SAINS telah melakukan pelbagai usaha untuk memastikan kawasan gangguan dikurangkan dengan memanjangkan bekalan air dari sumber air yang berdekatan dan mengambil bekalan air dari LRA Sungai Terip, selain membeli sumber air dari Selangor.
Jelasnya, kerjasama berterusan daripada beberapa operator air termasuklah Pengurusan Air Selangor, Ranhill Syarikat Air Johor dan Syarikat Air Melaka Berhad yang menghantar lori tangki amat membantu kerja-kerja pengagihan bekalan air di kawasan terjejas.
Pada 4 Nov lepas, media melaporkan lebih 45,000 akaun pengguna SAINS di sebahagian kawasan Port Dickson dan Seremban berdepan masalah bekalan air berikutan gangguan terhadap operasi LRA Linggi akibat hujan lebat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#Seremban
#Port Dickson
#Sungai Linggi
#JPS
#LRA Sungai Linggi
#gangguan air
#Sains
#Norzita Ismail
#tebing sungai runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan