awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja tangan gelandangan dijual di stesen Petronas Sarawak

Bernama
Bernama
26/11/2022
20:30 MYT
Kerja tangan gelandangan dijual di stesen Petronas Sarawak
Ani Mail yang menjalani latihan kemahiran di TTG Sibu menunjukkan anyaman bakul hasil kerja tangannya. - Foto BERNAMA
SIBU: Hasil kerja tangan gelandangan yang menjalani latihan di Tempat Transit Geladangan (TTG) di sini, akan dijual di stesen Petronas di negeri ini.
Pengurus Jualan Petronas Dagangan Berhad Wilayah Sarawak Abby Mohamad berkata melalui inisiatif itu juga tabung kutipan derma buat TTG akan ditempatkan di stesen Petronas bagi membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan.
Katanya projek yang dimulakan di stesen Petronas di daerah Sibu itu bukan hanya untuk memupuk kesedaran orang ramai tetapi juga membantu TTG menjana pendapatan.
"Terdapat 15 stesen Petronas di Sibu dan tabung derma TTG akan ditempatkan di kaunter juruwang. Kita akan mula jual kerja tangan seperti anyaman bakul dari TTG Sibu di tujuh stesen Petronas menjelang Disember tahun ini dan stesen Lanang Barat di sini menjadi premis pertama," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran 'Project Another Chance for Homeless' di stesen Petronas Lanang Barat, di sini pada Sabtu.
Abby berkata Petronas Sarawak dipelawa Pejabat Residen Bahagian Sibu untuk menjadi rakan strategik TTG Sibu sejak sejak awal tahun ini.
Menurutnya kerjasama itu bertujuan menyemai kesedaran orang ramai mengenai komuniti gelandangan di Sibu di samping mewujudkan kerjasama erat dengan pihak berkuasa tempatan.
Katanya pada tahun ini sahaja Petronas Sarawak telah mengadakan pelbagai aktiviti bersama TTG Sibu seperti majlis berbuka puasa, kutipan derma melalui program kitar semula serta program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gelandangan
#Petronas
#kraftangan
#stesen minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan