awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS dalam proses lengkapkan prosedur pengambilan 200 bekas tentera
Phuket semak semula pengurusan sisa untuk pelancongan mampan
India puji keberanian Malaysia laksana reformasi buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama China-ASEAN jana jumlah perdagangan cecah AS$1 trilion

Bernama
Bernama
23/09/2025
22:50 MYT
Kerjasama China-ASEAN jana jumlah perdagangan cecah AS$1 trilion
Menurut Guo, landskap antarabangsa yang semakin kompleks menuntut usaha bersama berteraskan prinsip yang saling menguntungkan. - Foto fail/REUTERS
BEIJING: Kerjasama yang bersifat praktikal dalam pelbagai sektor antara China dan negara-negara ASEAN membuahkan hasil apabila jumlah perdagangan mencecah kira-kira AS$1 trilion pada 2024, menurut jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun.
Beliau berkata China dan ASEAN masing-masing merupakan rakan dagang terbesar selama lima tahun berturut-turut, dengan pelaburan dua hala melebihi AS$450 bilion sehingga Julai 2025.
"Ekspo China-ASEAN ke-22 baru-baru ini menyaksikan pelancaran 70 produk baharu, sekali gus menekankan potensi negara-negara China dan ASEAN dalam merebut peluang pembangunan baharu serta membuka prospek kerjasama," katanya pada sidang media pada Selasa.
Menurut Guo, landskap antarabangsa yang semakin kompleks menuntut usaha bersama berteraskan prinsip yang saling menguntungkan.
China, tegas beliau, bersedia meningkatkan keterhubungan dengan semua pihak, termasuk negara-negara ASEAN, bagi bersama-sama menggiatkan integrasi serantau dan globalisasi ekonomi serta membawa manfaat keterbukaan dan kerjasama kepada rakyat dan negara.
Sebelum ini, antara 2024 hingga 2025, kedua-dua pihak pernah menganjurkan siri aktiviti sempena Tahun Pertukaran Rakyat China-ASEAN yang mengukuhkan interaksi serta jalinan hubungan lebih rapat antara rakyat.
Selain itu, kedua-dua pihak turut bekerjasama dalam bidang ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI) dan tenaga baharu, yang meningkatkan kualiti pembangunan serantau serta merangsang inovasi, kata beliau.
Beliau berkata projek kereta api China-Laos yang merupakan projek utama inisiatif Jalur dan Laluan (Belt and Road) antara China dan ASEAN, adalah usaha bersama bagi memacu integrasi ekonomi serantau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Guo Jiakun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan