JAKARTA: Kerjasama ekonomi antara ASEAN dengan rakan negara dialog semakin positif pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 didorong oleh pengenalan pelbagai program dan dana, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, selain isu serantau dan antarabangsa, persidangan kali ini turut memberi penekanan kepada kerjasama ekonomi di pelbagai sektor dan dibahas secara terbuka.
"Umpamanya, negara China persiapkan dana untuk bantuan tambahan, Amerika Syarikat (AS) mewujudkan ASEAN-US Centre, Australia peruntuk dana untuk bidang dan India mengumumkan bantuan khas dalam beberapa bidang.
"Jadi saya nampak ada perkembangan yang sangat positif pada sidang kali ini kerana ada tanda-tanda konkrit yang boleh mempercepat proses pelaburan kerana penekanan dibincang secara terbuka oleh pemimpin-pemimpin negara," kata Anwar kepada media selepas menghadiri majlis penutup sidang kemuncak itu, di sini, pada Khamis.
Dalam perkembangan berkaitan, susulan Sidang Kemuncak ASEAN Plus Three (APT) ke-26 pada Rabu, negara-negara anggota ASEAN, bersama China, Jepun dan Korea Selatan, mengeluarkan kenyataan bersama yang memfokuskan kepada pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV).
Para pemimpin menghargai peranan penting yang dimainkan oleh China, Jepun, dan Korea Selatan dalam menyokong usaha ASEAN untuk mengurangkan pelepasan karbon dan memajukan ekosistem kenderaan elektrik.
Sementara itu, pada sidang kemuncak yang baru sahaja berakhir, Naib Presiden AS, Kamala Harris dan ASEAN mengumumkan hasrat mereka untuk menubuhkan, menerusi perkongsian awam-swasta, ASEAN-US Centre di Washington.
Pusat itu akan menginstitusikan dan memperdalamkan lagi hubungan antara AS dan ASEAN sambil memperkukuh sokongan untuk penglibatan ekonomi dan budaya AS dengan rantau ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
Anwar mengadakan sidang media khas bersama media Malaysia selepas Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan melabuhkan tirainya di Pusat Kovensyen Jakarta, 7 Sept 2023. --fotoBERNAMA
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut langgar kenderaan keluar simpang
Kejadian berlaku melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal berkuasa besar Honda CBR dan Mistubishi Pajero.
Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS
Nasser berkata, untuk melemahkan doktrin Barat, perlu hapuskan aplikasi ciptaan mereka dan sokong media baharu yang adil dalam pelaporan.
Juadah Malaysia: Raikan nostalgia diaspora, pikat selera Kemboja di Phnom Penh
Juadah ini menyampaikan mesej yang mendalam, melangkaui sempadan dan membangkitkan rasa identiti Malaysia.
Dengan deria bau tajam, tikus Afrika kesan penyeludupan hidupan liar
Tikus besar ini menggunakan deria bau mereka yang tajam untuk membantu mengesan penyeludup dan melindungi spesies terancam.
Kerajaan Punjab, Pakistan tutup sekolah untuk kanak-kanak berisiko tinggi kerana kualiti udara memburuk
Pada Khamis, Lahore mencatatkan AQI sebanyak 201, mendorong kerajaan mengisytiharkan kabus asap sebagai 'bencana'.
Pemilik majoriti alu-alukan hasrat syarikat global mahu beli KDA FC
Beliau berkata kesediaan dan keberanian syarikat itu untuk membeli keseluruhan pegangan saham KDA FC amat dihargai.
Jerman akan tutup tiga konsulat Iran selepas pelaksanaan hukuman mati lelaki dua kerakyatan
Langkah ini melibatkan perwakilan Iran di Hamburg, Frankfurt dan Munich, namun tidak termasuk kedutaan di Berlin.
Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa
Sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas.
Polis buru lelaki di Berlin selepas tinggalkan bahan letupan di stesen kereta api
Penyiasat terus mencari lelaki itu yang melarikan diri dari tempat kejadian di stesen kereta api Neukolln, selatan Berlin.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului senarai penerima darjah, pingat kebesaran Perak
Syed Danial, 80 tahun, dianugerahkan darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga mendiang Manjeet Singh Dhillon
Beliau menyifatkan mendiang sebagai seorang sahabat baik, selain merupakan seorang peguam hebat dan arif dalam bidangnya.
Anwar ajak semua rakyat Malaysia raikan Deepavali dengan meriah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk sama-sama meraikan perayaan Deepavali dengan meriah dan kegembiraan di seluruh negara.
PM Anwar terima kunjungan hormat CFM, bincang usaha perkukuh perpaduan
Perdana Menteri menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) Cor Episcopa Philip Thomas di Bangunan Parlimen hari ini.
Aduan infrastruktur SK Presint 16 diteliti - PM Anwar
Perdana Menteri berkata semua aduan mengenai infrastruktur SK Presint 16 yang memerlukan pembaikan segera akan diteliti.
Krisis Duta Enclave: Kerajaan sedia beri pampasan, tetapi tidak mudah mengalah - PM Anwar
Kerajaan juga memutuskan untuk mengkaji pindaan terhadap Akta Pengambilan Tanah 1960 supaya kepentingan awam diutamakan pada masa depan.
Malaysia kekal hubungan baik dengan negara luar, tetap teguh sokong Palestin - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus menjalinkan hubungan baik dengan semua negara demi meningkatkan pelaburan.
Pemimpin yang baik terima permohonan maaf - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, keterbukaan Perdana Menteri menerima permohonan maaf itu menunjukkan ketokohan sebagai seorang pemimpin yang baik.
Naikkan gaji minimum tindakan berani, cermin tekad Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Tindakan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 mencerminkan tekad politik Kerajaan Perpaduan yang jelas.
Tidak ada kerajaan jatuh kerana bantu rakyat, sebaliknya rasuah punca utama - PM Anwar
Usaha kerajaan dalam membantu rakyat khususnya golongan yang memerlukan sama sekali tidak akan menyebabkan kerajaan jatuh, sebaliknya punca utama adalah akibat amalan rasuah.
Takrifan T15: Kementerian Ekonomi sedang perinci sebelum bentang kepada Kabinet - Rafizi
Kementerian Ekonomi sedang memperincikan kumpulan T15 dalam tempoh sebulan ini dengan kerjasama Kementerian Kewangan, sebelum dibentangkan kepada Kabinet.