awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama polis Kelantan-Thailand mampu tingkat pengawasan sempadan negara

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
11/04/2022
00:00 MYT
Kerjasama polis Kelantan-Thailand mampu tingkat pengawasan sempadan negara
Pihak berkuasa meningkatkan kekerapan rondaan dan pemeriksaan rambang di sepanjang perairan bagi memastikan sempadan negara kebal dari dibolosi. - Foto Astro AWANI
TUMPAT: Jalinan kerjasama antara pasukan Polis Marin Wilayah 3 dan Polis Marin Thailand dalam memperketatkan pemantauan dan rondaan bersama di sempadan perairan Malaysia-Thailand, di Kelantan, menjamin keselamatan semua aktiviti ekonomi negara.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, hubungan rapat antara pasukan Polis Marin Wilayah 3 dan sahabat dari negara jiran itu membolehkan perkongsian maklumat berkaitan aktiviti rentas sempadan disalurkan dengan lebih berkesan pada setiap masa.
"Kolaborasi rondaan bersama ini, terutama melibatkan kerjasama dengan Thai Marine Police (TMP) dan Thai Border Patrol (TBP), telah menjadi satu platform mudah untuk perkongsian maklumat," katanya.
Beliau ditemui ketika mengadakan lawatan ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor Tumpat, semalam.
Menurutnya, pasukan Polis Marin Wilayah 3 sentiasa komited dalam usaha mempertingkatkan kesiapsiagaan kawalan sempadan perairan negara bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
"Selain itu juga, gabungan kekuatan keanggotaan daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kemampuan aset Pasukan Polis Marin Wilayah 3 akan memantapkan lagi pengawalan keselamatan di sempadan.
"Pihak kami juga meningkatkan kekerapan rondaan dan pemeriksaan rambang di sepanjang perairan bagi memastikan sempadan negara kebal dari dibolosi," tambah Shafien.
Kerjasama dari pihak berkuasa negara jiran merupakan satu norma baharu dalam memperkasakan kawalan sempadan perairan negara Malaysia-Thailand.
Lawatan Shafien semalam turut diiringi Ketua Polis Wilayah Narathiwat Mejar Jeneral Waesamae Salaeh dan Komander Polis Marin Wilayah 3 Pahang ACP Nor Zaid Muhamad Said dan Pegawai Pemerintah Markas Operasi Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor ASP Rudzuan bin Ahmad.
Turut bersama, Ketua Polis Daerah Takbai Kolonel Narawee Waearong dan Ketua Polis Marin Narathiwat Mejar Jirayut Kewduang.
Kerjasama pengawasan sempadan dengan tumpuan di laluan tikus, khususnya melibatkan Sungai Golok dan perairan laut, menjelang musim sambutan Aidilfitri, dilihat mampu mengekang aktiviti penyeludupan barangan terlarang.
Buat masa ini, pintu sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICIQ) Rantau Panjang-Sungai Golok serta ICIQ Pengkalan Kubor-Takbai masih belum dibuka untuk aktiviti keluar masuk pengembara atau pelancong.
Topic Berkaitan
#polis
#Kawalan sempadan
#aktiviti rentas sempadan
#kelantan-thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan