awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keropok beracun: Muhammad Akil meninggal dunia

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/07/2024
02:10 MYT
Keropok beracun: Muhammad Akil meninggal dunia
Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian menghembus nafas terakhir jam 8.30 pagi di Hospital Pulau Pinang.
KULIM: Seorang daripada dua beradik yang disyaki termakan keropok mengandungi racun meninggal dunia, hari ini.
Menurut sumber daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, mangsa Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, menghembus nafas terakhir jam 8.30 pagi di Hospital Pulau Pinang (HPP).
“Pegawai penyiasat dalam perjalanan ke hospital dan maklumat lanjut boleh dapatkan di bilik mayat HPP,” kata sumber.
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi mengesahkan kematian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan, dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun dilaporkan kritikal selepas makan makanan ringan berupa keropok yang mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.
Difahamkan kini Muhammad Luth Syauqi, 2, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik HPP.
Topic Berkaitan
#keropok beracun
#dua beradik
#Muhammad Akil meninggal dunia
#keropok racun tikus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan