awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerosakan lapan sekolah di Dungun dianggar RM1 juta

Bernama
Bernama
01/02/2024
14:52 MYT
Kerosakan lapan sekolah di Dungun dianggar RM1 juta
Shafruddin berkata kerja-kerja pembersihan di lapan sekolah dijangka mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan. - Gambar Bernama
DUNGUN: Sebanyak lapan sekolah di daerah Dungun terjejas teruk akibat banjir, dengan kerugian dianggarkan hampir RM1 juta.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Profesionalisme) Shafruddin Ali Husin berkata lapan sekolah terlibat termasuklah Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Raja, SK Kampung Shukor, SK Delong, SK Minda Talong, SK Jongok Batu, SK Tepus, SK Kuala Jengai dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Jengai.
Beliau berkata kerosakan membabitkan infrastruktur dan aset seperti perabot, buku dan peralatan mengajar.
"Kita telah kenal pasti lapan sekolah terjejas, tetapi paling teruk ialah SK Pasir Raja dan SK Kampung Shukor di Hulu Dungun.
"Jadi kita beri fokus untuk baik pulih dua sekolah ini, yang disaluti lumpur tebal dan kerosakan peralatan yang banyak," katanya ketika ditemui selepas meninjau kerja-kerja pembersihan di SK Pasir Raja, di sini hari ini.
Shafruddin berkata kerja-kerja pembersihan di lapan sekolah dijangka mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan, dengan bantuan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
"Selain agensi kerajaan dan anggota keselamatan, ramai juga sukarelawan dari badan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi yang datang membantu kerja-kerja pembersihan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sukarelawan
#JBPM
#lumpur tebal
#peralatan mengajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan