awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YouTube perkenal kemas kini pengurusan kandungan, tetapan video lebih ringkas
Pakai 'Mankini' tiru watak Borat, tiga penyokong Club Brugge dipenjara di Kazakhstan
Rasmi – Perniagaan TikTok Amerika Syarikat dijual, entiti baharu ditubuhkan

Kertas Putih MHIT mampu pertingkat akses bagi penjagaan kesihatan - CIMB Securities

Bernama
Bernama
23/01/2026
03:40 MYT
Kertas Putih MHIT mampu pertingkat akses bagi penjagaan kesihatan - CIMB Securities
Langkah memperluaskan kumpulan risiko juga dapat membantu mengurangkan volatiliti atau ketidaktentuan berkaitan tuntutan serta menyokong lebih banyak premium dari semasa ke semasa. - Foto Facebook/BNM
KUALA LUMPUR: CIMB Securities Sdn Bhd menyifatkan kertas putih pelan asas insurans/takaful kesihatan perubatan (MHIT) Bank Negara Malaysia (BNM) menjadi langkah penting bagi memperluaskan akses penjagaan kesihatan serta meningkatkan kumpulan risiko merangkumi semua pengendali insurans dan takaful (ITO) berkaitan.
Pada masa sama, penerbitan kertas putih itu memaparkan usaha kerjasama melibatkan Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, BNM serta pihak berkepentingan utama bagi menangani inflasi perubatan dan memperkukuh sistem penjagaan kesihatan di negara ini.
Langkah memperluaskan kumpulan risiko juga dapat membantu mengurangkan volatiliti atau ketidaktentuan berkaitan tuntutan serta menyokong lebih banyak premium dari semasa ke semasa.
"Pelaksanaannya bagaimanapun kekal penting memandangkan ketiadaan sokongan kewangan langsung daripada kerajaan bagi tujuan langganan MHIT serta timbulnya potensi tentangan daripada struktur bayaran bersama dan potongan diperlukan yang mungkin menghalang penyertaan pemegang polisi daripada kalangan kumpulan B40," katanya dalam nota penyelidikannya hari ini.
CIMB Securities berkata produk MHIT akan menyasarkan individu yang tidak mempunyai perlindungan insurans/takaful sedia ada serta yang mencari alternatif lebih mampu milik berbanding pelan MHIT semasa, terutamanya susulan kenaikan premium yang ketara dari semasa ke semasa, terutama pada usia lanjut.
Mengikut kertas putih itu, had polisi tahunan akan dirangka bagi meliputi prosedur berjumlah besar serta biasa dan kemasukan hospital yang kompleks di hospital swasta.
Rawatan amat kompleks dan yang menelan kos tinggi serta melebihi had polisi akan terus diuruskan dalam sistem penjagaan kesihatan awam.
Pelan asas MHIT itu akan dilaksanakan terdahulu secara rintis pada separuh kedua 2026 dan seterusnya dijangka berada di pasaran pada awal 2027.
Aspek ini menyediakan platform seragam bagi menyokong peralihan berperingkat daripada model bayaran mengikut perkhidmatan (FFS) sedia ada kepada sistem pembayaran berasaskan kumpulan berkaitan diagnosis iaitu penyedia perkhidmatan menerima bayaran tetap bagi setiap rawatan berdasarkan kod diagnosis dan rawatan yang seragam serta setara dari segi klinikal dan penggunaan sumber.
CIMB Securities juga mengekalkan saranan "Overweight" terhadap sektor penjagaan kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kertas putih
#insurans takaful
#BNM
#CIMB Securities
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.