KUALA LUMPUR: Kertas Putih Kesihatan yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada November, sepatutnya merupakan pernyataan mengenai aspirasi kolektif rakyat tentang cara untuk menjadikan sistem kesihatan negara menjadi lebih mampan dan berdaya tahan, menerusi pemikiran "menyeluruh kerajaan" dan "menyeluruh masyarakat".
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pandemik COVID-19 telah mencetus keperluan untuk pembaharuan dalam penjagaan kesihatan, yang sebelum ini tidak pernah berlaku yang memperlihatkan antara kebergantungan kesihatan, kewangan dan fabrik sosial yang berlaku begitu ketara.
Perkembangan ini menjurus kepada usaha untuk pembaharuan penjagaan kesihatan negara demi keperluan kesihatan dan sosial rakyat.
"Hala tuju dan prinsip kami untuk pembaharuan penjagaan kesihatan dalam Kertas Putih Kesihatan harus mencerminkan keperluan ini. Kita tidak seharusnya membiarkan peluang pengajaran daripada pandemik COVID-19 berlalu begitu sahaja," katanya dalam ucaptama bertajuk "Keperluan Untuk Pembaharuan Penjagaan Kesihatan' yang disampaikan pada Sidang Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 di sini hari ini.
Khairy berkata untuk memastikan pelan pembaharuan itu sendiri adalah kebal masa depan dan secara kritikal akan tetap bertahan daripada menteri yang mengambil alih, maka sokongan bipartisan untuk pembaharuan yang dicadangkan dalam Kertas Putih Kesihatan juga penting.
Ini kerana masih terdapat banyak butiran dan pelan tindakan yang perlu diusahakan pada tahun-tahun yang akan datang, katanya.
"Saya harap kita semua akan memainkan peranan untuk menyokong pembentangannya di Parlimen pada hujung tahun ini. Persetujuan anda dan persetujuan Ahli Parlimen (MPs) adalah penting untuk memastikan prinsip dan hala tuju reformasi struktur yang luas untuk sistem kesihatan Malaysia.
"Ini bukan sahaja akan mengukuhkan kedudukan moral dan politik untuk 15 tahun akan datang mengenai pembaharuan yang dicadangkan itu, tetapi dalam erti kata yang lebih besar, ia juga akan melambangkan perpaduan kita demi sistem penjagaan kesihatan yang teguh pada masa hadapan, tidak kira siapa Menteri Kesihatan atau parti mana yang sedang berkuasa," tambahnya.
Untuk memastikan jaminan pembaharuan itu, Khairy berkata Kertas Putih Kesihatan juga akan mencadangkan Suruhanjaya Pembaharuan Penjagaan Kesihatan untuk memantau, menasihati dan melaporkan secara bebas status pelaksanaan kepada kerajaan, Parlimen, dan rakyat.
"Saya juga akan melantik Majlis Penasihat Kertas Putih Kesihatan, yang terdiri daripada 13 pakar pelbagai bidang untuk menghulurkan bantuan mereka dalam mencabar dan memperhalusi keutamaan dasar kita.
"Terdapat beberapa input yang baik daripada banyak pihak dan saluran, dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa untuk memberikan pandangan mereka," kata Khairy.
Beliau seterusnya berkata adalah penting untuk memastikan Kertas Putih Kesihatan memfokuskan pada pembaharuan paling asas untuk menangani cabaran sistemik dan struktur utama yang dihadapi oleh sistem penjagaan kesihatan dan bukannya penyakit tertentu atau kumpulan demografi individu tertentu.
Berikutan perkembangan dalam penyediaan Kertas Putih Kesihatan itu, Khairy berkata kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan belanjawan penjagaan kesihatan secara beransur-ansur sehingga tahap yang disasarkan untuk beberapa tahun akan datang, selain menyusun struktur pembiayaan untuk menjadikan sistem itu lebih mampan dan progresif.
"Sebagai Menteri Kesihatan yang komited menjadikan penjagaan kesihatan demi kebaikan awam, saya mahu meningkatkan peruntukan belanjawan tahunan bagi penjagaan kesihatan awam kepada lima peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam beberapa tahun akan datang.
"Kenaikan perbelanjaan itu juga mesti diperuntukkan khusus dalam setiap belanjawan berikutnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022
Khairy ketika menyampaikan ucaptama bertajuk The Need For Healthcare Reform sempena Health Policy Summit 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.- Foto BERNAMA
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Kertas Putih Kesihatan: Sektor swasta diperlukan, perkhidmatan kesihatan lebih efektif - Pakar
Reformasi berkenaan akan membolehkan KKM menumpukan kepada aspek lain berkaitan kesihatan penduduk.
Kertas Putih Kesihatan dalam fasa akhir disiapkan - KKM
Perkara itu juga membabitkan perkhidmatan kesihatan di Sabah yang memerlukan pemerhatian serta fokus terbaik daripada kerajaan Persekutuan.
Kertas Putih Kesihatan kritikal, titik mula pembaharuan sistem kesihatan di Malaysia
Kertas Putih Kesihatan adalah kritikal dan akan menjadi titik permulaan bagi perjalanan ke arah pembaharuan sistem kesihatan Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Kertas Putih Kesihatan cadangkan penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan - Khairy
Cadangan sedemikian bertujuan untuk meningkatkan lagi sistem penjagaan kesihatan negara yang kalis masa depan.