awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan kes Nhaveen diserahkan semula kepada polis

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2017
04:30 MYT
Kertas siasatan kes Nhaveen diserahkan semula kepada polis
Nhaveen yang mengalami kecederaan parah dilapor turut mengalami kesan koyak pada duburnya akibat ditusuk objek tumpul serta kesan terbakar di bahunya. - Foto media sosial
Kertas siasatan kes buli remaja lelaki, T.Nhaveen, yang cedera parah dipukul sekumpulan lelaki sebelum meninggal dunia, diserahkan semula kepada pihak polis untuk dilengkapkan bagi tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar ketika dihubungi berkata, kertas siasatan itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya (TPR) pada Jumaat.
Bagaimanapun ia dikembalikan semula berikutan TPR mahu polis melengkapkan beberapa perkara termasuk mendapatkan keterangan lanjut dari doktor yang merawat mangsa itu.
Anuar berkata, pihaknya akan menyerahkan semula kertas siasatan berkenaan kepada Timbalan Pendakwaraya Isnin ini untuk tindakan selanjutnya bagi mendakwa lima remaja lelaki yang telah ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Polis sebelum ini mengklasifikasi kes itu mengikut Seksyen 148 kanun keseksaan iaitu merusuh, namun menukar siasatan kepada kes bunuh susulan kematian mangsa.
Seramai 15 saksi telah direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.
Sementara itu, Anuar berkata, polis masih lagi menunggu keputusan mahkamah sama ada membenarkan tahanan reman tiga lagi suspek yang tempohnya berakhir hari ini, dilanjutkan atau sebaliknya.
Pada Jumaat, tempoh reman dua dari lima suspek kes berkenaan disambung sehingga 19 Jun.
Dalam kejadian jam 2.10 pagi Sabtu minggu lalu, lima remaja berusia antara 16 dan 18 tahun bertindak memukul Nhaveen dan rakan baiknya T. Previin menggunakan topi keledar.
Nhaveen, 18, yang mengalami kecederaan parah dilapor turut mengalami kesan koyak pada duburnya akibat ditusuk objek tumpul serta kesan terbakar di bahunya.
Manakala Previin, 19, yang turut cedera di bahagian muka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Laporan bedah siasat ke atas mayat Nhaveen, yang dilakukan di Jabatan Forensik HPP semalam mendapati, remaja berkenaan meninggal dunia disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat dipukul dengan benda tumpul.
Topic Berkaitan
#ACP Anuar Omar
#buli
#kertas siasatan
#meninggal dunia
#Nhaveen
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan