awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan terhadap bekas diplomat tanam ganja sedang dilengkapkan - Ayob Khan

Fareez Azman
Fareez Azman
29/05/2022
07:36 MYT
Kertas siasatan terhadap bekas diplomat tanam ganja sedang dilengkapkan - Ayob Khan
Ayob Khan pada sidang media rampasan dadah jenis ekstasi di Bukit Aman hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan terhadap seorang bekas diplomat bergelar Datuk dan anak lelakinya kerana didakwa menanam pokok ganja di Pahang pada 21 Mei lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum diserahkan ke Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.
"Kita sedang lengkapkan kertas siasatan secepat mungkin dan menyerahkan ke Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.
"Kita akan menunggu arahan selanjutnya selepas kertas siasatan diserahkan ke Pejabat Peguam Negara," jelasnya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Ahad.
BACA: 'Ladang' ganja di belakang rumah, bekas diplomat, anak lelaki ditahan
Tambahnya, polis juga telah memohon untuk menyambung reman terhadap suspek berusia 78 tahun itu namun telah ditolak Mahkamah Majistret Bentong.
Bagaimanapun anaknya yang tamat reman esok ujar Ayob akan dilanjutkan tahanan bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, suspek diberkas selepas disyaki menanam dan memiliki hampir 100 batang pokok ganja.
[TERKINI] Bekas diplomat ditahan tanam 102 pokok ganja
Topic Berkaitan
#pokok
#ganja
#PDRM
#ayob khan mydin pitchay
#JSJN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan