awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerugian akibat penipuan FB dan IG cecah RM302 juta - Teo Nie Ching

Bernama
Bernama
09/07/2023
10:16 MYT
Kerugian akibat penipuan FB dan IG cecah RM302 juta - Teo Nie Ching
Teo Nie Ching berkata kerugian yang direkodkan menerusi penipuan yang mengguna pakai platform Facebook ialah RM232 juta manakala Instagram ialah RM70 juta. -Gambar fail/BERNAMA
KULAI: Rakyat Malaysia mengalami kerugian mencecah RM302 juta akibat menjadi mangsa penipuan dalam talian menerusi platform Facebook (FB) dan Instagram (IG) bagi tempoh 2021 sehingga Jun lalu.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, berkata kerugian yang direkodkan menerusi penipuan yang mengguna pakai platform Facebook ialah RM232 juta manakala Instagram ialah RM70 juta.
"Kami juga telah mengadakan pertemuan dengan Meta (Facebook dan Instagram) jadi kami memang hendak buktikan bahawa masalah penipuan ini yang mengguna pakai platform mereka memang isu yang serius.
"Untuk rekod di Facebook bagi 2021, jumlah kerugian yang direkodkan adalah RM80 juta dan RM92 juta (2022) tetapi tahun ini sehingga Jun, sudah merekodkan kerugian sebanyak RM60 juta.
"Instagram pula, walaupun jumlah lebih kecil namun pada 2021, kerugian adalah RM20 juta, diikuti RM25 juta (2022) manakala bagi tempoh enam bulan tahun ini direkodkan sama (seperti tahun lepas) iaitu RM25 juta," katanya.
Sehubungan itu, Teo menasihati pengguna media sosial lebih peka dan menjadi digital literasi atau kebijaksanaan digital untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.
"Kita juga sudah hantar satu mesej yang sangat jelas kepada wakil mereka (Meta) semasa perjumpaan baru-baru ini, dan mereka (Meta) berjanji untuk menambah baik usaha daripada segi ini dan kita nampak usaha ini supaya isu scammer ini tidak menjadi berleluasa," kata Ahli Parlimen Kulai itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penipuan dalam talian
#Facebook
#Instagram
#Teo Nie Ching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan