awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Ahmad Zahid: 'Bazir masa mahkamah, wang rakyat' - Hakim

Sinar Harian
Sinar Harian
04/09/2023
06:13 MYT
Kes Ahmad Zahid: 'Bazir masa mahkamah, wang rakyat' - Hakim
Ahmad Zahid, 70, telah menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebagai asas pertimbangan agar pertuduhan terhadapnya digugurkan. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: “Jika terdapat pendakwaan kes di masa depan, namun tidak berhasrat untuk meneruskan kes, ia akan membazirkan masa mahkamah dan wang rakyat,” kata hakim yang mendengar kes rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.
Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) berkata demikian sejurus melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri itu daripada 47 kes berkaitan dana Yayasan Akalbudi.
Menurutnya, banyak masa mahkamah terbuang dan sejumlah besar wang pembayar cukai akan dibazirkan sekiranya pihak pendakwaan memutuskan tidak akan meneruskan pertuduhan.
Bagaimanapun, Hakim berkata, Peguam Negara mempunyai kuasa untuk memulakan dan menarik balik pertuduhan pada bila-bila masa.
Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa bebas daripada 47 pertuduhan
BACA: Ahmad Zahid lepas tanpa bebas kes rasuah, pecah amanah, AMLA
Katanya, ia adalah mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, dalam Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.
Sementara itu, ketika membaca keputusan penghakimannya, Sequerah berkata, pendakwaan memohon untuk menghentikan kes, berdasarkan 11 alasan antaranya menyentuh isu-isu dalam buku memoir bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bertajuk 'My Story: Justice In the Wilderness'.
Menurutnya, permohonan pendakwaan ini memberi kesan kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk ini, iaitu dilepas tanpa dibebaskan daripada semua pertuduhan berkenaan.
Bagaimanapun beliau berkata, pihak pembelaan bagi pihak Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ini membantah permohonan tersebut dan berharap tertuduh dilepas dan dibebaskan (DNA) dengan segera.
“Sebelum ini tertuduh telah menghantar representasi mencecah ratusan muka surat, maka adalah wajar sekiranya pihak pendakwaan memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti dokumen tersebut.
“Pada pandangan saya, pihak pendakwaan telah memberikan alasan yang kukuh berhubung permohonan ini, justeru mahkamah melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada semua pertuduhan,” katanya.
Ahmad Zahid, 70, telah menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebagai asas pertimbangan agar pertuduhan terhadapnya digugurkan.
Surat representasi pertama telah dikemukakan pada Januari manakala kedua, dihantar kepada AGC dengan fakta dan bukti baharu, pada Februari.
Presiden UMNO ini dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#kes mahkamah
#keputusan mahkamah
#lepas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan