IPOH: Kes anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mendakwa dipukul penyelia di Kem Rasah, Seremban baru-baru ini selesai apabila mangsa dan pelaku bersepakat menarik balik laporan polis masing-masing.
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata kes itu telah diselesaikan di peringkat pasukan ATM yang terlibat.
"Sebenarnya ada berlaku perselisihan faham dan apa yang dinyatakan dalam laporan sebelum ini sebenarnya tidak tepat.
"Perkara ini telah diselesaikan di pihak bukan sahaja mangsa malah melibatkan anggota keluarga dan diselesaikan secara baik," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan kes itu selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Baharu 2 Briged di Kem Syed Putra di sini hari ini.
Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa pihaknya memandang serius sebarang salah laku yang melibatkan kes penderaan dan akan menyiasat serta mengambil tindakan keras sekiranya disahkan terjadi.
Muhammad Hafizuddeain berkata mangsa dan pelaku yang kedua-duanya berusia dalam lingkungan 20-an berada dalam satu pasukan yang sama.
"Kita akan buat siasatan lanjut juga kenapa benda ini berlaku dan kita nak ini menjadi iktibar kepada anggota pasukan yang lain.
"Apa jua perselisihan dan sebagainya jangan kita terus mengambil keputusan untuk melapor polis kerana kita ada sistem, peraturan dan perundangan sendiri," katanya.
Selain itu, Muhammad Hafizuddeain berkata lembaga siasatan dan Tentera Darat Malaysia (TDM) sedang memuktamadkan beberapa perkara berhubung kes lemas membabitkan tiga mangsa di kolam latihan kereta kebal sebuah kem tentera di Temerloh, Pahang pada 26 Jan lepas.
Beliau berkata hal itu termasuk mengenal pasti punca berlakunya insiden dan pengambilan langkah-langkah awal bagi memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) agar kejadian sama tidak berulang.
"Dari segi pampasan kita tengok mereka ini ada insurans atau sebagainya tetapi dari pihak kami (akan lihat) dari segi kebajikan," katanya.
Muhammad Hafizuddeain berkata kebiasaannya kolam berkenaan kosong namun diisi air kerana terdapat latihan menguji latih kenderaan Jenis A, selain musim hujan yang menyebabkan air bertakung.
Pada 26 Jan lepas media melaporkan dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan seorang remaja lelaki berumur 13 tahun yang juga anak anggota tentera di kem terbabit ditemukan lemas selepas disyaki mandi di kolam latihan kereta kebal sedalam tujuh kaki (kira-kira 2.1 meter).
Berkenaan majlis hari ini, Muhammad Hafizuddeain berkata masjid baharu dengan keluasan tanah dua ekar dan keluasan bangunan masjid 1003.6 meter persegi itu mampu menampung hampir 1,000 jemaah pada satu masa.
"Projek ini telah berlangsung sejak pertengahan tahun lepas dan insya-Allah sekiranya tidak ada sebarang rintangan dijangka siap pada Ogos 2025," katanya sambil menambah kos keseluruhan bagi projek itu kira-kira RM5.5 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan menjawab pertanyaan media selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Masjid Baharu 2 Briged di Kem Syed Putra hari ini. - Foto Bernama
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Kes anggota ATM dakwa dipukul penyelia selesai - Panglima Tentera Darat
Kes anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mendakwa dipukul penyelia di Kem Rasah, Seremban baru-baru ini selesai.