awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes 'Awang Besol' pertama kali berlaku di Malaysia

Sinar Harian
Sinar Harian
24/07/2019
23:48 MYT
Kes 'Awang Besol' pertama kali berlaku di Malaysia
ABDUL KADIR: Kita masih mengenal pasti apakah punca sebenar yang berlaku terhadap 'Awang Besol'
Kes serangan virus canine distemper yang berlaku ke atas harimau jantan ‘Awang Besol’ yang ditangkap di Kampung Besol di Bukit Besi, Dungun Jumaat lalu pertama kali berlaku di Malaysia.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
“Kes ini kali pertama berlaku di negara kita tetapi di Tanzania, sebanyak 30 peratus daripada populasi singa di negara itu mengalami penyakit ini.
“Kita masih mengenal pasti apakah punca sebenar yang berlaku terhadap 'Awang Besol',” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Menurutnya, lazimnya serangan virus canine distemper dibawa oleh kucing dan anjing domestik.
Katanya, virus tersebut boleh merebak kepada haiwan lain dan akan menyerang otak, sekali gus menyebabkan kecelaruan minda hingga sukar membuat perbezaan.
“Dalam kes 'Awang Besol', kita tidak pasti sama ada harimau ini membaham kucing atau anjing yang terkena virus tersebut atau sebaliknya,” katanya.
BACA: Harimau 'jinak' berkeliaran di kampung berjaya ditangkap
BACA: 'Awang Besol' sudah tiada
Sementara itu, beliau berkata, populasi Harimau Malaya hari ini berada pada tahap membimbangkan kerana jumlah spesies itu dilaporkan hanya kurang daripada 200 ekor di seluruh Semenanjung.
“Sekiranya tiada tindakan drastik diambil bagi mengatasi masalah ini, dianggarkan dalam tempoh lima hingga 10 tahun lagi Malaysia akan kehilangan Harimau Malaya buat selama-lamanya,” katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Kadir Abu Hashim
#Awang Besol
#harimau
#harimau Malaya
#Kampung Besol
#Perhilitan
#virus canine distemper
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan