KUALA LUMPUR: Rayuan pemandu wanita terhadap hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menaiki basikal lajak lima tahun lalu, akan didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya, Isnin ini.
Menerusi semakan sistem mahkamah, rayuan Sam Ke Ting, 27, akan didengar di hadapan panel hakim Mahkamah Rayuan 3, pada 9 pagi.
Pada 14 April lepas, peguam yang mewakili wanita itu, Muhammad Faizal Mokhtar telah memfailkan notis usul bagi kebenaran merayu dan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 13 April.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abu Bakar Katar, yang menjatuhkan hukuman itu ke atas Sam turut memerintahkan wanita itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda serta hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun sebaik menjalani tempoh pemenjaraan.
Mahkamah itu memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Okt tahun lepas, yang melepaskan dan membebaskan wanita itu daripada pertuduhan berkenaan.
Hakim Abu Bakar dalam penghakimannya berkata, mahkamah berpuas hati segala intipati kesalahan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah berjaya dibuktikan terhadap wanita itu.
Beliau berkata mahkamah bicara telah terkhilaf apabila gagal memutuskan pembelaan Sam hanya bersifat penafian semata-mata.
Hakim itu berkata mahkamah bicara juga terkhilaf apabila menerima pembelaan Sam yang tidak mengetahui adanya aktiviti basikal lajak pada malam kejadian sebagai alasan untuk memandu keretanya secara merbahaya sehingga mengorbankan mangsa.
BACA: Kes basikal lajak: Pemandu wanita fail rayuan
BACA: Langgar mati lapan remaja basikal lajak: Kerani dipenjara enam tahun, denda RM6,000
BACA: Kes basikal lajak: Petisyen pembebasan Sam Ke Ting terima hampir 800,000 sokongan
Sam yang ketika kejadian berusia 22 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.
Dalam kejadian itu, lapan remaja maut terdiri daripada Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 16 2022
Menerusi semakan sistem mahkamah, rayuan Sam Ke Ting, 27, akan didengar di hadapan panel hakim Mahkamah Rayuan 3, pada 9 pagi. - Gambar fail/BERNAMA
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Kes basikal lajak: Mahkamah Rayuan diberitahu pertuduhan terhadap Sam tidak sah
Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa sabitan Sam Ke Ting bagi kesalahan memandu secara melulu sehingga mengorbankan lapan remaja penunggang basikal tidak boleh bertahan.
Kes basikal lajak: Kerajaan hormati, tak campur tangan keputusan mahkamah - Wee
Kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara dan denda ke atas pemandu wanita terlibat nahas basikal lajak lima tahun lepas.
Kes basikal lajak: Rayuan pemandu wanita didengar Isnin ini
Menerusi semakan sistem mahkamah, rayuan Sam Ke Ting, 27, akan didengar di hadapan panel hakim Mahkamah Rayuan 3, pada 9 pagi.