KUALA LUMPUR: Sebarang bantahan mengenai kedudukan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas (PPK) Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sewajarnya dibangkitkan lebih awal untuk perhatian kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tiada isu berbangkit berkaitan keputusan Jemaah Menteri pada 29 Okt 2021 untuk melantik Mohamed Apandi sebagai Pengerusi PPK memandangkan pertimbangan sewajarnya telah dilaksanakan terhadap keputusan menubuhkan pasukan petugas itu.
Katanya beliau dan PPK mengambil maklum pendirian bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak meneruskan sesi temu bual saksi bersama Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance di Jabatan Peguam Negara, semalam.
Wan Junaidi berkata ini selaras dengan kenyataan Dr Mahathir untuk tidak memberikan kerjasama selagi Mohamed Apandi masih bertindak sebagai Pengerusi PPK.
"PPK hanya ingin mendengar dan mendapatkan pandangan mengenai situasi pada 2018 apabila kerajaan menarik balik rayuan kes ini di International Court of Justice (ICJ). Tun (Dr Mahathir Mohamad) sedia maklum pelantikan Pengerusi PPK dan beliau (Dr Mahathir) sebenarnya boleh menolak untuk hadir ke sesi pagi (semalam) di Jabatan Peguam Negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Junaidi berkata keputusan Dr Mahathir itu amat mengecewakan selain mengejutkan panel penemubual dan perkara-perkara yang sepatutnya dapat dikongsikan bekas Perdana Menteri itu tidak dapat diperoleh PPK.
Menurutnya, PPK dilantik dengan tujuan spesifik meninjau dan mengkaji opsyen-opsyen perundangan untuk Malaysia serta menyiasat berkaitan penarikan rayuan kes itu di ICJ pada 2018.
"PPK telah menjalankan tugas selama tujuh bulan sehingga laporan interim dan laporan akhir siap, serta sedang menyediakan tindakan susulan.
"Adalah mustahil untuk saya bertindak sewenang-wenangnya tanpa sebarang justifikasi bagi mengeluarkan Mohamed Apandi sebagai pengerusi apabila Jemaah Menteri membuat keputusan berkaitan pelantikan beliau," katanya.
Menteri itu menegaskan PPK tetap meneruskan komitmen dan tanggungjawab menghasilkan laporan akhir seperti yang dirancang selaras dengan tujuan penubuhannya untuk meneliti hala tuju berhubung kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022
Wan Junaidi berkata tiada isu berbangkit berkaitan keputusan Jemaah Menteri pada 29 Okt 2021 untuk melantik Mohamed Apandi (gambar) sebagai Pengerusi PPK. - BERNAMA
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.
Apandi fail kebenaran merayu berhubung keputusan mahkamah tolak saman terhadap Kit Siang
Mohamed Apandi telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi meneruskan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.
Saman fitnah: Mahkamah Rayuan tetapkan 10 Okt keputusan rayuan Mohamed Apandi
Menurut hakim, keputusan mahkamah akan disampaikan secara fizikal di mahkamah terbuka pada 10 Okt ini.
1MDB: BNM syor denda RM23 juta, tapi Peguam Negara kurangkan kepada RM15 juta - Zeti
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mendedahkan di Mahkamah Tinggi bahawa BNM sebenarnya telah mengesyorkan penalti RM23 juta terhadap 1MDB namun AG mengurangkan kepada RM15 juta.
Keterangan Zeti di mahkamah berkaitan 1MDB jelas 'pengabaian tugas' oleh Apandi - Tun M
Pemecatan Apandi tidak dibuat secara salah berdasarkan dakwaan 'pengabaian tugas' yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu.
Hakim tarik diri dengar rayuan kes saman fitnah Apandi Ali terhadap Kit Siang
Hakim Hanipah Farikullah menarik diri daripada mendengar rayuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM10 juta terhadap Lim Kit Siang.
Rayuan kes saman fitnah Apandi Ali terhadap Kit Siang didengar 8 Ogos
Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Ogos untuk mendengar rayuanTan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM10 juta yang difailkan beliau terhadap Lim Kit Siang.
Terma penyelesaian kes saman Mohamed Apandi terhadap Tun Mahathir, Kerajaan dikelaskan OSA
Terma-terma penyelesaian berhubung kes saman bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan kerajaan dikelaskan sebagai OSA.
Isu Pulau Batu Puteh: Keputusan tarik kes dibuat atas nasihat pegawai Apandi Ali - Tun M
Bekas Perdana mMenteri itu berkata, pelantikan Apandi sebagai pengerusi Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance juga mempunyai konflik kepentingan.
Laporan akhir kes kedaulatan Batu Puteh dijangka dibentang ke Kabinet September ini - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, laporan setebal 500 muka surat itu telah diterimanya daripada Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.