awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bayi maut dicampak: Polis rakam percakapan empat individu

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
13/03/2024
14:29 MYT
Kes bayi maut dicampak: Polis rakam percakapan empat individu
Ku Mashriman memberitahu, keterangan empat individu termasuk pengadu dan saksi diambil mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah. - Gambar fail/PDRM
BRICKFIELDS: Polis sudah merakam percakapan empat individu berhubung kes seorang bayi lelaki yang ditemukan maut di sebuah kondominum di Sri Petaling pada Sabtu lalu, selepas dipercayai dicampak dari sebuah unit kediaman.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashriman Ku Mahmood memberitahu, keterangan mereka termasuk pengadu dan saksi diambil mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.
Menurutnya, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat.
"Setakat ini belum ada tangkapan, kita giat menjalankan pemeriksaan kamera litar tertutup di 12 lif termasuk lapan aras parkir bangunan berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Pada Sabtu media melaporkan, polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.30 petang.
Bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat itu dipercayai dicampak atau dibuang dari kedudukan yang tinggi sehingga mengakibatkan bahagian kepala pecah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#bayi dicampak
#PDRM
#CCTV
#orang awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan