awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bekas exco Johor bocor dokumen, SPRM buat laporan polis

Astro Awani
Astro Awani
28/11/2017
11:07 MYT
Kes bekas exco Johor bocor dokumen, SPRM buat laporan polis
AZAM BAKI:SPRM menganggap jadual pembayaran yang dikongsi di media sosial sengaja diada-adakan untuk mengelirukan masyarakat - Foto Fail Astro AWANI
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung pembocoran maklumat dalam kes bekas Exco Negeri Johor yang disiasat awal tahun ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki memberitahu, pihaknya memandang serius pembocoran dokumen kenyataan rakaman percakapan melibatkan kes bekas Exco Negeri Johor, yang disiasat SPRM pada awal tahun ini, di media sosial.
"Ingin dinyatakan, dokumen kenyataan rakaman percakapan salah seorang tertuduh telah diberikan kepada peguambela atas permintaan mengikut undang-undang sedia ada untuk tujuan pembelaan selepas suspek dituduh.
Berhubung satu jadual pembayaran yang dimuat naik di media sosial yang dikaitkan dengan siasatan tersebut, SPRM berpendapat ia telah sengaja diada-adakan untuk mengelirukan masyarakat.
"Memandangkan kes melibatkan bekas Exco Negeri Johor masih dalam perbicaraan, maka SPRM khuatir pembocoran dokumen-dokumen tersebut akan mengganggu prosiding mahkamah," katanya menerusi satu kenyataan media pada Selasa.
Beliau pada masa sama menegaskan, pembocoran kenyataan sedemikian adalah bersifat prejudis memandangkan kes tersebut masih dalam perbicaraan mahkamah.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#kes SPRM Exco Negeri Johor
#pembocoran maklumat siasatan
#SPRM
#SPRM Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan