awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga RON97 turun 3 sen, RON95 tanpa subsidi kurang 2 sen
Gajah liar berjaya dipindahkan dengan bantuan Sanum dan Rambai
2025 tahun ketiga terpanas dalam rekod - Agensi iklim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes buli MARA: Tiada kompromi terhadap pelajar terlibat - Asyraf

Bernama
Bernama
24/05/2023
14:58 MYT
Kes buli MARA: Tiada kompromi terhadap pelajar terlibat - Asyraf
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada kompromi terhadap pelajar di bawah institusi itu yang terlibat dengan kes buli dan pukul. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada kompromi terhadap pelajar di bawah institusi itu yang terlibat dengan kes buli dan pukul.
"Saya sudah terima laporan daripada Bahagian Pendidikan MARA, semua yang terlibat dicadangkan untuk diberhentikan dari MRSM (Maktab Rendah Sains Mara).
"Tiada usaha menutup kes sebagaimana dakwaan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Media hari ini melaporkan berlaku tiga kes buli di sebuah sekolah menengah dan institusi pendidikan menengah MARA baru-baru ini sehingga membawa kepada penahanan 14 pelajar.
Kesemua remaja lelaki berusia 14 hingga 17 tahun itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.
Polis turut menjalankan siasatan lanjut sama ada terdapat penglibatan kongsi gelap dalam kes itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes buli MARA
#Asyraf Wajdi Dusuki
#tiada kompromi
#Maktab Rendah Sains Mara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan