Tindakan untuk melaksanakan Akuan Bersumpah (SD) dan sumpah laknat oleh kedua-dua belah pihak yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, adalah tidak mencukupi dalam menyelesaikan kes terbabit, sebaliknya pihak polis perlu membuka semula kertas siasatan membabitkannya.
Tegas Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar perkara terbabit bukan sahaja mampu memberikan keadilan kepada semua pihak bahkan tidak menyalahgunakan tindakan "bersumpah" sebagai satu jalan mudah untuk menyelamatkan diri masing masing.
Tambahnya, pendiriannya terhadap kes membabitkan kematian wanita warga Mongolia itu juga tidak berubah dengan sewaktu menjadi Ketua Penerangan Pas pada 2015 walaupun kini berada di dalam parti yang berlainan.
"Kita tidak boleh selesaikan sesuatu kes itu melalui sumpah laknat, kalau macam itu sesiapapun boleh bersumpah. Tidak perlu wujud balai polis, tidak perlu wujud mahkamah, sesiapa yang dituduh ‘sumpah haram panah lintar’.
“Orang Kedah panggil, 'sumpah haram panah lintar' itu sumpah laknat. Tidak perlu ada polis dalam negara kita, sesiapapun datang pecah pasaraya, lepas itu penjenayah sumpah haram panah lintang (sumpah laknat) dia tidak pecah,, tidak perlu ada balai polislah.
“Sebab semua orang boleh bersumpah dia tidak buat, jadi sesiapa boleh curi sebab semua boleh sumpah, jadi saya harap polis buat siasatan semula," katanya ketika menyampaikan sumbangan kembali ke sekolah peringkat Parlimen Pokok Sena di di sini pada Sabtu.
BACA: Teks penuh sumpah laknat Najib Razak
BACA: Kes bunuh Altantuya: Teks penuh akuan bersumpah Azilah Hadri
BACA: Arah Azilah bunuh Altantuya, ini reaksi Najib Razak
Semalam, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan yang dibuat bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri berhubung pembabitannya dalam kes pembunuhan Altantuya.
Beliau turut menegaskan tidak pernah berjumpa dan mengenali wanita warga Mongolia itu.
Terdahulu, dalam Akuan Bersumpah (SD) Azilah, telah mendakwa Ahli Parlimen Pekan itu telah mengarahkannya untuk "tangkap dan hapuskan" Altantuya yang menurutnya diberitahu sebagai seorang "perisik asing" serta "berbahaya kepada keselamatan negara".
Abd Hadi Che Awang
Sat Dec 21 2019
MAHFUZ: "Sebab semua orang boleh bersumpah dia tidak buat, jadi sesiapa boleh curi sebab semua boleh sumpah." - Gambar fail
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
SPRM nafi dakwaan tidak bertindak atas SD Abdul Murad terhadap Anwar
SPRM menafikan dakwaan Dr Mahathir ia tidak menyiasat isu yang dibangkitkan dalam SD bekas Penolong Gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya tak tandatangan SD, politik Sabah tenang-tenang saja - Armizan
Armizan berkata, situasi politik di Sabah berada dalam keadaan tenang dan kerjasama antara parti yang membentuk kerajaan semakin erat.
Anwar enggan lagi layan cubaan sabotaj
Katanya, meskipun terdapat beberapa percubaan di peringkat awal, pentadbiran yang diterajuinya dilihat lebih kukuh dan meyakinkan.
Isu SD: 'Saya tak pernah bermimpi, Anwar mengigau kenapa?' - Hamzah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya memberi tumpuan dalam menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri berbanding menyatakan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.
PN nafi kumpul SD jatuhkan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Faizal
Perikatan Nasional menafikan menandatangani sebarang akuan bersumpah (SD) untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.
Calon PM baharu: 'Setiap minggu PN mengigau, buktikan SD di Parlimen' - Anwar
Pembangkang dicabar untuk membuktikan mereka mempunyai calon Perdana Menteri yang baharu seperti yang didakwa dengan mengemukakan surat akuan bersumpah (SD) pada sidang Parlimen akan datang.
Pasca PRU15: Kata sepakat sudah dicapai BN - Jalaluddin Alias
Jalaluddin bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada kesemua ahli Parlimen BN telah menandatangani SD untuk menyokong mana-mana calon PM.
RUU tembakau, rokok: Ahli Parlimen disaran tandatangan SD bebas dari pemain industri
Kesemua ahli Parlimen sebaik-baiknya menandatangani akuan bersumpah bahawa mereka tiada kaitan dengan industri tembakau.
Pucuk pimpinan UMNO perlu cari jalan harmonikan semula parti - Annuar Musa
Pucuk pimpinan UMNO perlu mencari jalan untuk mengharmonikan semula parti selepas pendedahan mengenai wujudnya SD daripada Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi PM.