SHAH ALAM: Keluarga Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Allahyarham Nazrin Hassan akan memohon kepada pihak pendakwaan untuk membuat rayuan susulan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.
Abang Nazrin, Dr Abdul Aziz Hassan berkata, rayuan itu akan dikemukakan berikutan beliau dan keluarga merasakan sesuatu perlu dilakukan atas nama keadilan.
Beliau berkata, terlampau banyak persoalan yang tidak terjawab sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung dan jika rayuan tidak dilakukan, pihak keluarga akan memohon agar inkues dilakukan.
“Isu berpuas hati ataupun tidak, kita terima takdir ini. Dan kita mahu usaha disambung untuk mencari keadilan. Tiada siapa nampak apa-apa… tiba tiba (Nazrin) mati. Jadi kita kena teruskan cari kebenaran.
“Banyak soalan yang tidak dijawab. Jadi, pihak keluarga kami mohon pihak pendakwaan untuk buat rayuan supaya kes ini sampai ke akhir, Insya-Allah, macam mana (sekali) pun,” katanya lagi.
Dr Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam, selepas mendengar keputusan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman yang membebas dan melepaskan Samirah Muzaffar, 47, dan dua lagi remaja daripada pertuduhan tersebut.
Sementara itu, kakak kepada Nazrin, Che Elainee berkata, dia hanya mampu menerima keputusan itu dan menyerahkan kepada Tuhan.
“Kami terima keputusan mahkamah itu dan kami serahkan pada Tuhan untuk mendapatkan kebenaran. Kami hanya mahukan kebenaran, itu sahaja,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Jun 21 2022
Abdul Aziz berkata, rayuan akan dikemukakan keluarga Allahyarham atas prinsip sesuatu perlu dilakukan atas nama keadilan. - Gambar Astro AWANI
Saudi wajibkan jemaah haji ada kad Nusuk
Pelancaran kad itu adalah siri terbaru dalam pembaharuan diperkenalkan kerajaan Arab Saudi sebagai sebahagian usaha berterusan menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada jemaah haji.
Reformasi pendidikan: Jangan tambah subjek, beri penekanan interaksi sosial
Pelajar di peringkat sekolah rendah seharusnya tidak dibebankan dengan terlalu banyak subjek mata pelajaran dalam usaha meningkatkan aspek kualiti dan kecekapan.
Indeks Kebebasan Media: Malaysia merudum 34 anak tangga, bukan lagi terbaik ASEAN
Malaysia berada di kedudukan 107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF) berbanding tangga 73 tahun lepas.
Kebebasan Media: Malaysia merudum 34 tangga, bukan lagi terbaik ASEAN
Kedudukan Malaysia merudum 34 tangga kepada 107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2024 kelolaan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF). Ia sekali gus menjadikan Malaysia bukan lagi yang terbaik di Asean.
Lembaga pengarah DNB bermesyuarat minggu depan, tentukan syor bagi hala tuju rangkaian 5G kedua - Gobind
Lembaga pengarah Digital Nasional Bhd (DNB) yang baru dilantik akan mengadakan mesyuarat pada Selasa depan.
"Siasatlah...mereka akan tahu apa yang sebenarnya' - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata pemberian duit raya merupakan amalannya sewaktu menyantuni kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pesakit di wad.
Turkiye gantung aktiviti perdagangan dengan Israel
Turkiye menggantung segala aktiviti perdagangan dengan Israel pada Khamis berikutan serangan berterusan rejim itu ke atas Semenanjung Gaza.
Remaja 13 tahun mengaku bakar anak kucing hidup-hidup
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas satu pertuduhan membakar anak kucing di sebuah pangsapuri, minggu lalu.
PKR rai ulang tahun 25 tahun dengan penganjuran karnival 11 Mei ini - Nurul Izzah
PKR akan meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya dengan menganjurkan satu karnival terbuka di Sentul Depot, Kuala Lumpur 11 Mei ini.
Syed Hamid Albar letak jawatan sebagai Pengerusi Yayasan WIEF
Syed Hamid Albar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), berkuat kuasa 30 April.
'Bukan niat nak penjarakan Samirah tapi...' - Kakak Nazrin
"Kami bukan nak Samirah dipenjarakan atau ke tali gantung, (tetapi) kami dalam keadaan serba salah dan kami sedih kerana adik kami meninggal dunia".
Keputusan rayuan kes bunuh CEO Cradle Fund diketahui 8 Feb 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Feb tahun depan untuk keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund.
Kes bunuh CEO Cradle Fund: Mahkamah Rayuan tangguh keputusan
Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusannya berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund, Nazri Hassan.
Percikan darah pada dinding sepadan DNA CEO Cradle Fund - Pendakwaan
Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa percikan darah pada dinding bilik yang terbakar di mana lokasi mayat Nazrin Hassan ditemukan adalah sepadan dengan asid deoksiribonukleik (DNA) beliau.
Kes bunuh CEO Cradle Fund: Ada seseorang cipta "staged crime scene" - Pendakwaan
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Amril Johari berhujah tidak mungkin tombol itu terkunci dengan sendirinya dari dalam memandangkan kebakaran tidak merebak ke pintu berkenaan.
Tiada bukti Samirah, dua remaja bunuh Nazrin - Peguam
Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa diberitahu bahawa, tiada bukti menunjukkan Samirah Muzaffar dan dua remaja membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan.
Pengurusan kes rayuan pendakwa terhadap Samirah dan dua remaja ditetapkan Isnin depan
Pengurusan kes tersebut pada hari berkenaan akan dijalankan menerusi aplikasi Zoom di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan.
Kes Bunuh CEO Cradle Fund: Dihentak kepala dengan kamera, peguam Samirah belum putus untuk buat laporan polis
Insiden berlaku ketika Samirah yang ditemani peguamnya dibawa ke kamar perbicaraan.
Kes Bunuh CEO Cradle Fund: "Kebenaran pasti akan timbul" - Abang Allahyarham Nazrin
Rayuan itu akan dikemukakan keluarga Allahyarham atas prinsip sesuatu perlu dilakukan atas nama keadilan.
Kes bunuh CEO Cradle Fund: Pendakwaan gagal buktikan waktu kejadian - Shafee
Kegagalan pihak pendakwaan membuktikan waktu sebenar kejadian yang mengakibatkan kematian CEO Cradle Fund Nazrin Hassan, antara faktor Samirah Muzaffar dan dua lagi remaja dilepas dan dibebaskan.