awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh ibu bapa: Keputusan laporan psikiatri diketahui 23 April

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
16/04/2025
08:20 MYT
Kes bunuh ibu bapa: Keputusan laporan psikiatri diketahui 23 April
Mahkamah Tinggi menetapkan 23 April untuk mengetahui status laporan mental Afendi Muhammad Agus@Muhamed Ali Omari yang mengaku bersalah membunuh ibu dan bapanya. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 23 April untuk mendapatkan status terkini berhubung laporan kesihatan mental seorang penganggur yang mengaku bersalah membunuh kedua ibu bapanya dalam insiden di Kampung Sungai Penchala, dua tahun lalu.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Tinggi menetapkan 23 April untuk mengetahui status laporan mental Afendi Muhammad Agus@Muhamed Ali yang mengaku bersalah membunuh ibu dan bapanya.
  • Afendi didakwa membunuh Muhammad Agus@Muhamed Ali Omar dan Darlisma Njatu Saleh di Kampung Sungai Penchala pada 9 Disember 2023.
  • Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan jika tidak dikenakan hukuman mati.

Penetapan tarikh itu dibuat Hakim K Muniandy selepas dimaklumkan bahawa laporan mental tertuduh, Afendi Muhammad Agus @ Muhamed Ali, 43, yang telah disediakan oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Timbalan Pendakwa Raya, Zaileen Nadia Zubir berkata, laporan itu akan diambil dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
“Pihak pendakwaan akan mengarahkan IO (pegawai penyiasat) untuk mengambil laporan tersebut,” katanya ketika prosiding.
Pada prosiding hari ini, tertuduh diwakili oleh peguam bela Mohd Ruzaini Zulkifli.
Pada November lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Afendi menjalani pemeriksaan mental bagi memastikan pengakuan bersalah yang dibuatnya pada 6 September 2023 dilakukan dalam keadaan waras dan secara sukarela.
Mengikut pertuduhan, Afendi didakwa membunuh bapanya, Muhammad Agus@Muhamed Ali Omar, 82, dan ibunya, Darlisma Njatu Saleh, 72, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.10 dan 7.20 malam, pada 9 Disember 2023 di sebuah rumah di Jalan Penchala Hilir 6.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan jika tidak dikenakan hukuman mati.
Pada hari kejadian, jeritan meminta tolong yang didengari seorang jiran membawa kepada penemuan mayat pasangan warga emas itu.Menurut jiran, jeritan itu dipercayai datang daripada mangsa wanita sebelum dibunuh oleh anak lelakinya.
Pasangan tersebut dikenali ramai dalam kalangan penduduk dan kejadian tragik itu menyelubungi kawasan perumahan tersebut dengan suasana hiba.
Suspek yang melarikan diri selepas kejadian, akhirnya berjaya diberkas polis ketika bersembunyi di terowong Penchala di Lebuhraya Sprint.
Topic Berkaitan
#Afendi Muhammad Agus
#bunuh ibu dan bapa
#Darlisma Njatu Saleh
#Muhammad Agus Muhamed Ali Omar
#Kampung Sungai Penchala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan