Kes bunuh jurujual: Dua suspek lelaki dituduh Isnin - Polis

Mangsa yang bekerja sebagai jurujual ditemukan mati dengan tangan terikat oleh orang awam pada 29 Oktober. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Dua lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan seorang jurujual wanita di Blue Water Estate, Seri Kembangan pada 29 Oktober lalu akan menghadapi pertuduhan di mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Isnin.
Ringkasan AI
- Dua lelaki disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang jurujual wanita di Blue Water Estate, Seri Kembangan akan dihadapkan ke mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Isnin berdasarkan kenyataan Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Muhamad Farid Ahmad.
- Suspek berusia 20-an itu akan menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dengan sesi pendakwaan dijadualkan pada jam 8 pagi.
- Polis sebelum ini menahan lima individu bagi membantu siasatan termasuk bekas teman lelaki mangsa, abang angkat serta rakan serumah wanita terbabit; mangsa berusia 24 tahun ditemui mati dengan tangan terikat pada 29 Oktober lalu.
Sebelum ini, polis menahan lima individu bagi membantu siasatan, termasuk bekas teman lelaki mangsa, abang angkat serta rakan serumah wanita terbabit.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


