awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh Kevin Morais: Lelaki dikehendaki polis serah diri

Bernama
Bernama
22/09/2015
10:36 MYT
Kes bunuh Kevin Morais: Lelaki dikehendaki polis serah diri
Seorang lagi lelaki yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan mendiang Anthony Kevin Morais menyerah diri hari ini.
Seorang lagi lelaki yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan mendiang Anthony Kevin Morais menyerah diri hari ini, menjadikan kesemuanya 11 orang yang ditahan berhubung kes itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata lelaki berkenaan R. Dinishwaran, 22, menyerah diri pada pukul 4.15 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.
Maklumat awal dan gambar Dinishwaran bersama seorang lagi lelaki M.Vishwanath, 25, yang dikehendaki polis dan berjaya ditahan semalam, disiarkan pihak media pada Ahad.
Tahanan reman bagi Dinishwaran akan dipohon esok bagi siasatan lanjut, katanya.
Dalam perkembangan sama, Zainuddin berkata tempoh reman enam daripada suspek yang berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 28 Sept ini.
Mayat Morais, 55, Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini Rabu lepas.
Mendiang dilaporkan hilang pada 4 Sept dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
Topic Berkaitan
#Dinishwaran
#Kevin Morais
#menyerah diri
#Vishwanath
#Zainuddin Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan