awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Arahan berpindah dikeluarkan ketika ribut kuat landa pantai timur Australia
DUNIA
6 maut, ramai cedera dalam letupan kilang mercun di selatan India
MALAYSIA
Lelaki nyaris maut, pikap terkena tembakan di hadapan sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kes bunuh penuntut di Cyberjaya: Laporan patologi sahkan mangsa tidak dirogol

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
01/07/2025
10:50 MYT
Kes bunuh penuntut di Cyberjaya: Laporan patologi sahkan mangsa tidak dirogol
Hussein Omar berkata, dapatan itu adalah berdasarkan hasil laporan pemeriksaan patologi yang dijalankan ke atas mangsa. - Gambar fail/Astro AWANI
SHAH ALAM: Polis mengesahkan tiada sebarang unsur rogol ke atas penuntut universiti swasta, Maniishapriet Kaur, yang ditemukan mati di sebuah unit apartmen di Cyberjaya minggu lalu.

Ringkasan AI
  • Laporan patologi terhadap mendiang Maniishapriet Kaur menunjukkan tiada tanda-tanda rogol, namun siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti sebarang unsur jenayah seksual lain.
  • Penuntut universiti swasta dari Kuching, ditemui mati di bilik asramanya di Cyberjaya, di mana beliau tinggal bersendirian selepas rakan-rakannya pulang bercuti.
  • Polis telah menahan empat orang termasuk teman lelaki rakan serumah mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dapatan itu adalah berdasarkan hasil laporan pemeriksaan patologi yang dijalankan ke atas mangsa.
Namun kata beliau, walaupun tiada kesan fizikal menunjukkan berlakunya serangan seksual, siasatan lanjut tetap dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud elemen jenayah seksual lain.
“Hasil laporan patologi tidak mengesan sebarang tanda rogol. Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan bagi mencari sebarang bukti lain yang mungkin berkait dengan unsur jenayah seksual," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, pada Selasa.
Media sebelum ini melaporkan Maniishapriet, 20, yang berasal dari Kuching, Sarawak, ditemukan mati di dalam bilik asramanya pada jam 10.28 pagi, Khamis lalu.
Mangsa tinggal bersendirian di bilik asrama berkenaan selepas lima rakan sebiliknya pulang bercuti sejak 21 Jun lalu. Mendiang dijadualkan menduduki peperiksaan dalam masa terdekat.
Susulan itu, polis menahan empat individu termasuk suspek utama yang merupakan teman lelaki kepada rakan serumah mendiang.
Kesemua mereka ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#rogol
#penuntut dibunuh
#Maniishapriet Kaur
#terkini
#Cyberjaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami