SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki warga Nigeria selepas didapati bersalah membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin pada Mei 2019.
Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 38, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Dalam penghakimannya, Ab Karim berkata kenyataan tertuduh bahawa dia telah meninggalkan kediaman mangsa pada 8 Mei 2019 adalah bertentangan dengan bukti rakaman kamera litar tertutup di Kondominium Third Avenue, Cyberjaya, yang merakam kelibat tertuduh pada keesokan hari.
"Maka kenyataan tertuduh bahawa beliau tidak lagi bersama mangsa pada 8 Mei 2019 dan telah meninggalkan kediaman itu hanyalah semata-mata penafian," katanya.
Beliau berkata pihak pembelaan juga tidak mempertikaikan baju yang dipakai tertuduh pada hari kejadian yang mempunyai kesan darah dan asid deoksiribonukleik (DNA) milik mangsa.
BACA: Siti Kharina dikelar, darah mengalir sampai ke pintu
BACA: Lelaki warga Nigeria mengaku tidak bersalah bunuh jururawat, Siti Kharina
Namun, katanya, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman itu sehingga selesai keputusan rayuan pihak pembelaan di Mahkamah Rayuan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Shafinah Taib.
Gilbert dituduh membunuh Siti Kharina di sebuah unit Kondominium Third Avenue, Cyberjaya antara pukul 12.41 pagi, 9 Mei 2019 hingga 2.30 petang, 15 Mei 2019.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pada 16 Mei 2019, media melaporkan penemuan mayat Siti Kharina selepas polis menerima maklumat daripada orang awam yang melihat darah mengalir keluar daripada unit kondominium berkenaan.
Mayat ketua jururawat itu ditemui terbaring dalam keadaan tidak berpakaian lengkap selain terdapat kesan kelar pada dada, leher serta kepala mangsa dan polis percaya Siti Kharina telah dibunuh dalam tempoh empat hingga lima hari berdasarkan keadaan mayatnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 04 2021
Gilbert dituduh membunuh Siti Kharina di sebuah unit Kondominium Third Avenue, Cyberjaya antara pukul 12.41 pagi, 9 Mei 2019 hingga 2.30 petang, 15 Mei 2019.- Foto BERNAMA
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
Kes bunuh Siti Kharina: Lelaki warga Nigeria dihukum mati bunuh Ketua Jururawat
Mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap warga Nigeria selepas didapati bersalah membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin pada Mei
Suspek utama warga Nigeria dituduh bunuh Siti Kharina
Lelaki warga Nigeria yang juga suspek utama dalam kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang dua minggu lalu didakwa di Mahkamah Majistret Sepang.
Bunuh Siti Kharina: Polis tidak kompromi dengan PATI
Ia susulan pembunuhan ketua jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin di sebuah kondominium di Cyberjaya, yang dipercayai melibatkan pelaku warga asing.
[EKSKLUSIF] Kes bunuh Siti Kharina: Suspek warga Nigeria tinggal di Malaysia lebih masa - Polis
[EKSKLUSIF] Kes bunuh Siti Kharina: Suspek utama warga Nigeria tinggal Malaysia lebih masa - Polis
Polis siasat hubungan Siti Kharina dengan suspek pembunuhan
Polis masih menyiasat hubungan antara Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin dengan tiga suspek pembunuhannya.
Kematian Siti Kharina akibat luka hirisan di leher
Kematian Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin adalah akibat luka hirisan di leher, kata polis.
Kes bunuh ketua jururawat, lelaki Nigeria direman tujuh hari
Seorang lelaki warga Nigeria direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin.
Kewujudan rumah sewa Ketua Jururawat Siti Kharina tidak dimaklumkan awal - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin perkara itu hanya diketahui selepas pihaknya menerima laporan daripada pemilik rumah sewa berkenaan mengenai penemuan mayat.
Siti Kharina mesra dan pemurah - Jiran
Penghuni di kawasan kondominium dimana Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, ditemui mati menyifatkan beliau seorang yang peramah dan pemurah.
Siti Kharina dikelar, darah mengalir sampai ke pintu
Siti Kharina Mohd Kamarudin dipercayai telah dibunuh antara empat hingga lima 5 hari lalu sebelum mayatnya ditemui.