awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM80,000 buat sambungan haram elektrik bagi lombong bitcoin
Misi Kemanusiaan GSF 2.0 dijangka dilancar pertengahan tahun ini - Sani Araby
Rasuah tender perolehan Tentera Darat: 26 syarikat kini disiasat SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes culik: Ejen kosmetik berjaya diselamatkan, dibawa pulang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
29/09/2022
15:25 MYT
Kes culik: Ejen kosmetik berjaya diselamatkan, dibawa pulang hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan, hasil kerjasama erat dan perkongsian maklumat dengan polis Thailand, mangsa berjaya dijejaki dan telah dibawa pulang ke Malaysia hari ini.
KUALA LUMPUR: Seorang ejen jualan produk kosmetik yang diculik di Tumpat minggu lalu, berjaya diselamatkan.
Dalam satu kenyataan malam ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan, hasil kerjasama erat dan perkongsian maklumat dengan polis Thailand, mangsa berjaya dijejaki dan telah dibawa pulang ke Malaysia hari ini.
"PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyelesaikan kes penculikan seorang wanita yang juga ejen jualan produk kosmetik, pada 13 September lalu.
"Seramai tujuh orang suspek lelaki warga tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961. Turut dirampas adalah sebuah kenderaan yang digunakan untuk melarikan mangsa," kenyataan itu menyebut.
BACA: Kes culik ejen kosmetik: Polis Thailand serbu rumah suspek
Selasa minggu lalu, mangsa diculik oleh sekumpulan lelaki yang menaiki kereta Toyota Vios dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Kampung Semat Jal, Tumpat pada jam 5.10 petang.
Mangsa dipercayai dibawa ke Thailand dan siasatan polis mendapati suaminya dipercayai terbabit dengan aktiviti penyeludupan dadah.
Topic Berkaitan
#culik
#Thailand
#kosmetik
#Polis Diraja Malaysia
#ejen kosmetik
#Tumpat
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan