awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Dadah: Armada serah sepenuhnya kepada polis, akui suspek ahli Bersatu

Hilmi Malik
Hilmi Malik
22/01/2021
15:49 MYT
Kes Dadah: Armada serah sepenuhnya kepada polis, akui suspek ahli Bersatu
Wan Ahmad Fayhsal menafikan penglibatan pemimpin Armada dalam kes tangkapan dadah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan sepenuhnya siasatan kes tangkapan seorang ahli politik kerana memproses dadah pada Rabu.
Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menerusi satu kenyataan media serta ciapannya di Twitter, mengakui suspek adalah ahli Bersatu namun bukan pemimpin Armada.
“Parti melihat serius dengan tangkapan seorang ahli parti berkaitan kes dadah dan kita tidak sama sekali berkompromi dengan sebarang bentuk jenayah berkaitan dadah.
“Parti akur dan serahkan ke atas pihak berkuasa untuk jalankan siasatan dan ambil tindakan sewajarnya,” katanya menerusi ciapan Twitternya pada Jumaat.
BACA: Ahli politik proses sendiri ganja, jual RM300 sebotol
Dalam kenyataan medianya pula, Wan Ahmad Fayhsal menegaskan bahawa kes berkenaan tidak melibatkan kepimpinan Armada.
Katanya lagi, sekiranya wujud salah laku dalam kalangan ahlinya, perkara tersebut akan dibawa ke peringkat tertinggi bagi tindakan tatatertib.
Pada Jumaat, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, mendedahkan seorang ahli perniagaan yang juga bekas calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu ditahan polis selepas disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah.
Suspek yang pernah bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda sebuah parti politik tahun lalu itu ditahan polis dalam satu serbuan di Fraser Business Park, Pudu di sini Rabu lalu.
Topic Berkaitan
#ADUN
#PPBM
#jenayah
#polis
#Dadah
#ARMADA
#Wan Ahmad Fayhsal
#Tular
#ahli perniagaan
#calong
#Parlimen
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan