Jumlah kes demam denggi di Pulau Pinang pada minggu lepas menunjukkan peningkatan lapan kes atau 34.78 peratus berbanding minggu sebelumnya.
Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dalam satu kenyataan hari ini melaporkan, bagi tempoh 14-20 Jun, 31 kes direkodkan berbanding 23 kes pada 7-13 Jun lepas.
"Pada ketika ini terdapat lapan lokaliti wabak aktif iaitu satu hotspot di Taman Air Itam dari daerah Timur Laut manakala satu lokaliti wabak tidak terkawal di Desa Baiduri dari daerah sama.
"Enam lokaliti wabak terkawal dikesan di daerah Timur Laut iaitu Kampung Sulup, Solok Free School, Jalan Lim Lean Teng, Medan Angsana, Jalan Angsana dan All Season Park Condo," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, kenyataan itu menyatakan jumlah kes demam denggi di Pulau Pinang bagi tempoh 1 Jan-20 Jun tahun ini mencatatkan penurunan iaitu 441 kes dengan satu kematian berbanding 2,969 kes dan lapan kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Menurut kenyataan itu, secara kumulatif, bagi penyakit chikungunya sejak Januari hingga 20 Jun terdapat 297 kes dilaporkan dan pada ketika ini terdapat tiga lokaliti hotspot di Flat Padang Tembak, Lorong Sempadan dan Taman Air Itam di daerah Timur Laut.
Selain itu, terdapat 23 lokaliti wabak terkawal yang terdiri dari 22 lokaliti di daerah Timur Laut dan satu lokaliti di Changkat Sungai Ara dari daerah Barat Daya.
JKNPP mengingatkan masyarakat untuk terus mengambil langkah pencegahan bagi menghentikan penularan penyakit denggi dan chikungunya antaranya melakukan pemeriksaan dalam rumah serta kawasan sekitar bagi mengenal pasti dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes setiap minggu.
"Orang ramai juga diminta memberi kerjasama dengan membenarkan anggota kesihatan menjalankan semburan kabus di dalam rumah dan mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital apabila mengalami demam dan tanda-tanda penyakit denggi seperti sakit badan atau sendi, muntah, ruam dan kurang selera makan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 26 2020

Ketika ini terdapat lapan lokaliti wabak aktif iaitu satu hotspot di Taman Air Itam dari daerah Timur Laut manakala satu lokaliti wabak tidak terkawal di Desa Baiduri dari daerah sama. - Gambar hiasan
![AWANI Sarawak [07/03/2021] - 201 kes baharu di Sarawak | Peningkatan kes membimbangkan AWANI Sarawak [07/03/2021] - 201 kes baharu di Sarawak | Peningkatan kes membimbangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894113/8343693811615116506293_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [07/03/2021] - 201 kes baharu di Sarawak | Peningkatan kes membimbangkan
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Jasmine Abu Bakar membawakan tumpuan berikut: - Langkah kawal penularan COVID-19 di Rumah Panjang Berendam sedang diperinci - Semakin ramai petugas barisan hadapan di Sarawak sudah terima vaksin Saksikan AWANI Sarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com

Lambakan platform penstriman, sukarkan pemilikan hasil karya asli - Amir Muhammad
Cetak rompak satu isu yang berterusan kerana tiadanya titik pertemuan untuk menyelesaikannya di semua peringkat.

201 kes, dua kluster baharu di Sarawak
Sibu mencatat kes tertinggi di Sarawak hari ini dengan 75 kes dan dua kluster baharu.

Parlimen tidak boleh bersidang sebab ramai 'orang tua' hanya alasan - Tun M
"Saya ini umur 95 (tahun), saya pergi ke Parlimen kerap dan saya tak dapat sakit apa (pun), saya pun tak dijangkiti wabak sehingga hari ini saya dapat suntikan."

PKP: 442 ditahan, aktiviti pusat hiburan masih catat kesalahan tertinggi - Ismail Sabri
Daripada jumlah itu, 430 individu dikenakan kompaun, manakala 11 direman dan seorang dijamin.

PKPD di Kg. Tringgus, Sarawak bermula esok - Ismail Sabri
Kerajaan juga akan melanjutkan tempoh PKPD di Kg. Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah, yang sepatutnya berakhir esok.

UMNO 'cakap saja', kalau berpisah dengan Bersatu mereka akan 'jatuh' - Tun M
UMNO dan Bersatu saling memerlukan antara satu sama lain, kata Dr Mahathir Mohamad.

8 kluster baharu, 472 kluster masih aktif - Dr Noor Hisham
Lapan kluster baharu dikenal pasti pada hari ini, melibatkan lima kluster tempat kerja, dua kluster berkaitan pusat tahanan dan satu kluster komuniti.

Tun M, Tun Siti Hasmah terima suntikan vaksin COVID-19
Menurut Dr Mahathir yang berusia 95 tahun, beliau tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin berkenaan.

07 Mac 2021: Fokus Minggu Depan
#FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara. Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan.

2,562 kes demam denggi, lapan kematian di Melaka
Sebanyak 2,562 kes demam denggi dengan lapan kematian direkodkan di Melaka dalam tempoh 1 Januari hingga 10 November lepas.

Pencemaran air Sungai Semenyih: Sudah tiba masa operasi kilang tepi sungai dipantau - Penduduk
Isu catuan air di negeri Selangor bukan sesuatu yang baharu bagi penduduk di beberapa daerah terutamanya di Subang Jaya.

Denggi: 2,119 kes, enam kematian di Melaka sehingga 26 Sept
Melaka merekodkan sebanyak 2,119 kes demam denggi dengan enam kematian dalam tempoh sejak Januari sehingga Sabtu lepas.

Agong titah rakyat jangan sambil lewa, alpa pematuhan SOP bendung COVID-19
Seri Paduka turut menzahirkan kegusaran berikutan peningkatan kes baharu COVID-19 kepada dua digit dan kewujudan beberapa kluster baharu wabak itu.

Aedes: 852 kompaun dikeluarkan di Selangor sehingga Jun tahun ini
MBSA merekodkan 385 kompaun iaitu yang tertinggi diikuti 135 kompaun masing-masing dikeluarkan kepada MBPJ dan MDKS.

20 kematian akibat denggi di Johor sejak Januari hingga Jun
Sebanyak 34 lokaliti wabak baharu dilaporkan pada minggu epid 26 yang menjadikan jumlah wabak aktif semasa sebanyak 91 lokaliti.

Sabah rekod 2,537 kes demam denggi
Sabah juga mencatatkan 16 kes penyakit kolera termasuk dua kes baharu masing-masing satu di Semporna dan Beaufort.

Malaria: 'Fogging' bukan kaedah pencegahan yang efektif - Pakar
Nyamuk Anopheles aktif sepanjang malam, justeru fogging tidak begitu membantu atau berkesan dalam tempoh masa yang dimahukan.

Kes demam denggi di Pulau Pinang catat peningkatan minggu lepas
Ketika ini terdapat lapan lokaliti wabak aktif iaitu satu hotspot di Taman Air Itam dari daerah Timur Laut manakala satu lokaliti wabak tidak terkawal di Desa Baiduri dari daerah sama.

Tawau catat 488 kes denggi, Taman Semarak fasa 2B,fasa 2A diisytihar kawasan wabak
Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau merekodkan 488 kes denggi di daerah itu bagi tempoh Januari hingga hari ini, kata pegawainya, Dr G Navindran.