awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kerugian pekebun nanas turun kepada RM1.02 juta tahun lepas - Arthur
MALAYSIA
Pelbagai produk inovasi nanas diperkenal sempena Hari Nanas Malaysia
DUNIA
Emirates lanjut penggantungan penerbangan ke Iran sehingga 5 Julai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kes demam denggi di Terengganu menurun

Bernama
Bernama
28/06/2025
10:00 MYT
Sponsor Banner
Kes demam denggi di Terengganu menurun
Daerah Kuala Terengganu mencatat kes tertinggi iaitu seb 53 kes diikuti Besut (10), Kuala Nerus (sembilan), Marang (lima), Kemaman (lima), Dungun (kes), Hulu Terengganu (tiga) dan Setiu (satu). - Gambar hiasan
MARANG: Jumlah kumulatif kes demam denggi di Terengganu bagi tempoh 1 Jan 2025 hingga semalam (27 Jun) menurun 28 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Kes demam denggi di Terengganu bagi tempoh 1 Januari hingga 27 Jun 2025 menurun sebanyak 28 peratus berbanding tahun lalu, dengan 90 kes dilaporkan dan tiada kematian direkodkan setakat ini.
  • Penurunan kes disumbang oleh kesedaran masyarakat, tindakan penguatkuasaan JKNT serta peranan 5,477 sukarelawan COMBI; aktiviti pencegahan seperti PTP, fogging dan larviciding terus dilaksanakan.
  • Sebaliknya, kes malaria meningkat 150 peratus dengan 10 kes dilaporkan setakat 21 Jun, termasuk dua zoonotic malaria dan lapan human malaria, namun tiada kematian direkodkan kerana rawatan awal telah diberikan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Datuk Dr Kasemani Embong berkata sepanjang tempoh itu hanya 90 kes demam denggi dilaporkan berbanding 125 kes pada 2024.
Beliau berkata setakat ini tiada kes kematian akibat denggi direkodkan berbanding satu kes sepanjang tahun lalu.
"Daerah Kuala Terengganu mencatat kes tertinggi iaitu seb 53 kes diikuti Besut (10), Kuala Nerus (sembilan), Marang (lima), Kemaman (lima), Dungun (kes), Hulu Terengganu (tiga) dan Setiu (satu).
"Antara faktor penurunan kes ialah kesedaran masyarakat yang semakin tinggi, aktiviti pencegahan oleh penguatkuasa JKNT dan peranan penting yang dimainkan oleh 5,477 sukarelawan Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) di seluruh negeri," katanya pada Majlis Pelancaran Gotong-Royong Mega 1.0 dan Sambutan Hari Denggi ASEAN Peringkat Negeri Terengganu 2025 di Kampung Tebakang, di sini hari ini.
Dr Kasemani berkata walaupun berlaku pengurangan kes demam denggi, JKNT tetap mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan (PTP), semburan kabus (fogging) dan larviciding, iaitu kaedah pencegahan secara ekologi bagi menyekat perkembangan larva atau pupa menjadi nyamuk dewasa.
Bagaimanapun. beliau berkata kes demam malaria di Terengganu mencatatkan peningkatan sebanyak 150 peratus bagi tempoh 1 Jan hingga 21 Jun lepas berbanding tempoh sama 2024.
Beliau berkata terdapat 10 kes malaria dilaporkan pada tahun ini berbanding empat kes tahun lepas.
"Dua daripada 10 kes berkenaan ialah zoonotic malaria manakala lapan lagi human malaria yang majoritinya ialah warga Rohingya.
"Namun setakat ini tiada kes kematian akibat malaria dilaporkan kerana pesakit telah mendapatkan rawatan awal," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#demam denggi
#nyamuk aedes
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami