KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 1,474 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-40 iaitu dari 2 hingga 8 Okt ini berbanding 1,460 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan itu menjadikan kumulatif kes demam denggi dilaporkan sehingga kini sebanyak 45,018 kes berbanding 20,376 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan 24,642 kes (120.9 peratus).
Beliau berkata kumulatif kematian turut meningkat 100 peratus dengan 28 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 14 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.
"Sebanyak 53 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 55 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 31 lokaliti hotspot berada di Selangor, 14 lokaliti di Sabah dan lapan lokaliti di Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata survelan chikungunya pula merekodkan tiga kes pada ME ke-40 dengan dua kes di Selangor dan satu kes di Kedah, menjadikan kes kumulatif sehingga kini adalah sebanyak 652.
Sementara itu, survelan zika merekodkan sebanyak 1,544 sampel darah dan 16 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
Dalam pada itu, beliau berkata setiap individu perlu memastikan tiada bekas yang berpotensi menakung air di persekitaran rumah serta melupuskan barang lusuh atau tidak digunakan di tempat pelupusan secara berhemah bagi mengelak pembiakan nyamyuk Aedes.
Justeru, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai untuk melakukan aktiviti 'Cari dan Musnah' bekas-bekas pembiakan nyamuk Aedes sejurus selepas air banjir surut sekiranya terjejas dengan bencana banjir.
Ini kerana sampah sarap yang dibawa air banjir dikhuatiri boleh menakung air dan seterusnya menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, katanya.
"Selain itu juga, elakkan diri daripada gigitan nyamuk Aedes dengan penggunaan bahan repelan, semburan aerosol di tempat tersembunyi serta memakai pakaian yang menutup anggota badan. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022
Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai untuk melakukan aktiviti 'Cari dan Musnah' bekas-bekas pembiakan nyamuk Aedes sejurus selepas air banjir surut sekiranya terjejas dengan bencana banjir. - Gambar fail
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
Kes demam denggi meningkat pada Minggu Epidemiologi ke-40
Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 1,474 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-40 iaitu dari 2 hingga 8 Okt ini berbanding 1,460 kes pada minggu sebelumnya.