awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IRGC beri amaran, negara jiran dianggap ‘musuh’ jika wilayah digunakan untuk serang Iran
Melaka tegaskan komitmen segerakan pembinaan pelabuhan bagi perkhidmatan ro-ro ke Dumai
Malaysia miliki asas kukuh, berdaya saing sebagai hab MRO perkapalan utama ASEAN - MITI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes denggi di kawasan barat daya tunjuk peningkatan dengan dua kes kematian

Bernama
Bernama
09/06/2017
14:44 MYT
Kes denggi di kawasan barat daya tunjuk peningkatan dengan dua kes kematian
Punca berlakunya masalah denggi adalah daripada keadaan persekitaran yang tidak bersih dan dipenuhi dengan sampah-sarap yang menjadikan kawasan itu tempat sesuai untuk pembiakan nyamuk. - Gambar hiasan
Jumlah kes denggi di kawasan Barat Daya Pulau Pinang menunjukkan peningkatan sejak awal tahun ini dengan dua kes kematian laporkan sejak Januari ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Dr Hilmi berkata punca berlakunya masalah denggi adalah daripada keadaan persekitaran yang tidak bersih dan dipenuhi dengan sampah-sarap yang menjadikan kawasan itu tempat sesuai untuk pembiakan nyamuk.
Menurutnya, antara kawasan yang dikenal pasti merupakan Flat Mutiara Perdana di Bayan Lepas yang merekodkan 25 kes demam denggi dan mengakibatkan satu kematian dilaporkan sejak Januari tahun ini manakala satu lagi kes kematian demam denggi dilaporkan di kawasan Sungai Ara dalam tempoh yang sama.
"Saya datang melihat sendiri, memang masalah kebersihan di kawasan ini (Flat Mutiara Perdana) adalah sangat teruk. Sampah-sarap tidak dikutip, botol kosong dibiarkan begitu sahaja, longkang tersumbat yang menyebabkan banyak jentik-jentik membiak," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau menggesa supaya badan pengurusan bersama yang bertanggungjawab menjaga kawasan itu untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan tidak membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja.
"Jika perkara seperti ini masih lagi berlaku dengan kerap, maka kita akan membawa pihak badan pengurusan bersama ke mahkamah untuk tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aedes
#denggi
#Dr Hilmi Yahaya
#kesihatan
#pencegahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan