awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes denggi meningkat di enam negeri

Bernama
Bernama
29/01/2017
13:00 MYT
Kes denggi meningkat di enam negeri
DR NOOR HISHAM: Kes demam denggi mencatatkan peningkatan di enam negeri iaitu Selangor, Perak, Kedah, Pahang, Pulau Pinang dan Kelantan. - Gambar fail
Kes demam denggi mencatatkan peningkatan di enam negeri iaitu Selangor, Perak, Kedah, Pahang, Pulau Pinang dan Kelantan pada minggu ketiga tahun ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagi tempoh 15 hingga 21 Jan, sebanyak 2,053 kes dilaporkan di kesemua negeri itu dengan peningkatan sebanyak 177 kes (9.43 peratus) berbanding 1,876 kes pada minggu sebelumnya (8 hingga 14 Jan).
Katanya, daripada jumlah itu, enam kematian dilaporkan pada minggu ketiga tahun ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian di seluruh negara sebanyak 13 kes dalam tempoh tiga minggu pertama tahun ini berbanding 23 dalam tempoh sama tahun lepas.
"Jumlah kumulatif kes deman denggi dari 1 hingga 21 Jan ini adalah 5,592 kes, penurunan 46.7 peratus (4,890 kes) berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak 10,482 kes," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
BACA: Kes denggi catat trend peningkatan pada minggu ke-49 - KP Kesihatan
BACA: Lebih 90,000 kes denggi dilaporkan di seluruh negara sehingga November - Dr Hilmi
Dr Noor Hisham berkata cuaca yang tidak menentu pada masa sekarang boleh meningkatkan lagi kadar pembiakan Aedes jika takungan-takungan air dibiarkan tanpa diperiksa dan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
"Kawasan tempat kediaman pesakityang meninggal itu adalah merupakan sama ada kawasan wabak atau kawasan yang mempunyai kadar pembiakan yang tinggi," katanya.
Mengenai situasi jangkitan virus Zika, katanya, berdasarkan laporan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 20 Jan lepas, jangkitan yangb turut dibawa oleh nyamuk Aedes dilaporkan di 76 buah negara. Di Malaysia, bilangan kes positif Zika yang dilaporkan dari 1 Sept sehingga 31 Dis lepas adalah sebanyak lapan, katanya.
Menurutnya, pemantauan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari 1 hingga 21 Jan lepas, mendapati hasil ujian 97 sampel darah dan air kencing daripada pesakit, yang menunjukkan simptom virus Zika, adalah negatif. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aedes
#Dr. HIlmi Yahya
#Kementerian Kesihatan
#kes denggi
#rawatan kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan