awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes denggi meningkat di Labuan, satu kes malaria dilapor

Bernama
Bernama
27/06/2022
03:30 MYT
Kes denggi meningkat di Labuan, satu kes malaria dilapor
Meningkatkan kesedaran dan menghapuskan tempat pembiakan vektor adalah antara langkah yang boleh membantu mengawal penyakit ini. - Gambar hiasan
LABUAN: Labuan mencatatkan peningkatan 275 peratus kes denggi dengan 15 kes direkodkan sejak Januari hingga kini berbanding empat kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Pulau bebas cukai itu juga merekodkan satu kes baharu malaria.
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata memandangkan trend kes denggi semakin meningkat di kebanyakan kampung, aktiviti pemantauan rutin dan pengurangan sumber telah dipergiatkan.
Beliau berkata peringatan telah dikeluarkan kepada orang awam dan pemilik premis untuk memastikan pembuangan sisa pepejal yang berkesan bagi membantu mencegah pembiakan nyamuk.
"Semua bangunan kerajaan dan swasta termasuk premis komersial akan diperiksa untuk kemungkinan pembiakan nyamuk," katanya kepada Bernama hari ini sempena Hari Denggi ASEAN peringkat Labuan.
Dr Ismuni berkata meningkatkan kesedaran dan menghapuskan tempat pembiakan vektor adalah antara langkah yang boleh membantu mengawal penyakit ini.
Program Gotong-Royong Perdana Mega 1.0 Perangi Aedes dilancarkan pada Ahad, dengan tumpuan di kawasan kampung yang berhampiran penempatan setinggan.
"Kampung berkenaan dikenal pasti mempunyai kes denggi, program ini perlu bagi memberi kesedaran kepada penduduk kampung mengenai peningkatan kes denggi di kawasan masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#denggi
#malaria
#Ismuni Bohari
#tempat pembiakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan