awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Kes demam campak di AS lonjak empat kali ganda purata tahunan dalam tempoh beberapa minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes gaduh bawa parang di Sarawak bukan isu perkauman - KPN

Hakim Rahman
Hakim Rahman
28/08/2019
22:04 MYT
Kes gaduh bawa parang di Sarawak bukan isu perkauman - KPN
ABDUL HAMID: Saya menyeru kepada orang ramai agar jangan cepat percaya hasutan dengan mengatakan kejadian itu berbaur perkauman, sebaliknya ia berlaku secara kebetulan. Astro AWANI
Pergaduhan yang tular di media sosial membabitkan sekumpulan lelaki, dengan seorang daripada mereka mengeluarkan parang, bukan merupakan isu perkauman, sebaliknya berkaitan satu kes penipuan.
Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata kejadian berlaku di Padawan, Sarawak, melibatkan seorang individu yang didakwa menipu sekumpulan lelaki dengan menjanjikan habuan lebih kepada mereka jika menang loteri.
"Kumpulan lelaki itu telah mencari suspek sejak beberapa hari lepas dan sebaik terserempak dengan suspek mereka cuba menahannya.
"Tindakan mengepung suspek tidak menjadi masalah… tetapi yang menjadi masalah, kenapa salah seorang daripada mereka perlu membawa parang?" katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui pada Rabu.
Menurut KPN, polis sedang berusaha mengesan individu yang membawa parang tersebut kerana tindakan itu merupakan satu ugutan jenayah, satu kesalahan undang-undang di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Tambah Abdul Hamid, polis juga telah menahan dua lelaki tempatan kerana cubaan menipu dalam kes berkenaan.
"Saya menyeru kepada orang ramai agar jangan cepat percaya hasutan dengan mengatakan kejadian itu berbaur perkauman, sebaliknya ia berlaku secara kebetulan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#cubaan menipu
#hasutan
#jenayah
#kebetulan
#Ketua Polis Negara
#loteri
#media sosial
#parang
#penipuan
#perkauman
#polis
#suspek
#Tular
#ugutan jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan