awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes gaduh di The Zone masih disiasat

Bernama
Bernama
21/05/2019
21:00 MYT
Kes gaduh di The Zone masih disiasat
Mohd Khalil berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan dan merosakkan harta. - Gambar fail
Polis masih menyiasat kes pergaduhan yang berlaku di Berjaya Waterfront (The Zone) di sini, yang turut menjadi tular di laman sosial Facebook, awal pagi Isnin (19 Mei).
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata insiden kira kira pukul 1.20 pagi yang membabitkan dua lelaki itu berpunca daripada masalah pembayaran tiket melalui mesin pembayaran di kaki lima hotel dan pusat hiburan The Zone, Stulang, dekat sini.
"Salah seorang suspek tidak berpuashati terhadap seorang lagi suspek kerana mengambil masa yang lama untuk membuat pembayaran melalui mesin berkenaan.
"Selepas tegur menegur berlaku di antara mereka, terjadilah pergaduhan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Dalam waktu yang sama, kawan-kawan kedua-dua suspek cuba untuk campur tangan tetapi polis bantuan yang berada di tempat kejadian menahan kedua suspek dan keadaan mulai reda.
Kes tersebut kini masih berada dalam siasatan polis mengikut Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan dan merosakkan harta.
Video berkenaan yang tular di laman sosial dua hari lepas menunjukkan kekecohan pergaduhan yang diredakan polis bantuan di tempat kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#hotel
#laman sosial
#mesin pembayaran
#Mohd Khalil Kader Mohd
#pembayaran tiket
#pergaduhan
#polis
#pusat hiburan
#rusuhan
#siasatan
#suspek
#The Zone
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan