awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes import baharu libatkan pelajar dari Mesir di Sarawak, ini lima tumpuan JPBN Sarawak

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
07/08/2020
09:01 MYT
Kes import baharu libatkan pelajar dari Mesir di Sarawak, ini lima tumpuan JPBN Sarawak
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan memastikan pihaknya sentiasa memantau rapat perkembangan wabak COVID-19 di negeri itu. -Gambar Arkib
Terdapat pertambahan satu kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kes diklasifikasikan sebagai kes import luar negara dan melibatkan individu berstatus pelajar di Dar Al-Mustafa, Yaman, Mesir.
Berikut merupakan lima tumpuan penting dalam kenyataan JPBNS pada Jumaat:
1) Satu kes import positif COVID-19 baharu melibatkan seorang pelajar dilaporkan di Sarawak hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 679 kes setakat ini.
2) Mangsa yang didapati positif tersebut dilaporkan tiba dari Cairo, Mesir melalui Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu sebelum meneruskan perjalanan ke Sarawak pada hari seterusnya.
3) Keputusan ujian rT-PCR oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh mendapati mangsa positif virus tersebut. Mangsa dimasukkan ke wad pada 6 Ogos 2020. Pengesanan kontak dan siasatan masih dijalankan.
4) JPBNS turut memaklumkan pertambahan 7 kes PUI baharu. Manakala, 34 individu masih menerima rawatan di wad isolasi hospital. Manakala, 10 Kluster dilaporkan masih aktif di Sarawak. Kluster-kluster tersebut adalah Kluster Syarikat Kejuruteraan, Kluster Mambong, Kluster Pusat Perubatan, Kluster Jupiter, Kluster Pasar Stutong, Kluster Jeti Kuching, Kluster Sentosa, Kluster PUI Melbourne, Kluster Syarikat Pembinaan Kuching dan Kluster Pasar Satok.
5) 5 kes dilaporkan telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Umum Sarawak pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
#JPBNS
#kes import
#Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan MKAK Sungai Buloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan